Kenapa membeli secara online?


Kecanggihan teknologi pada hari ini membolehkan kita membeli barang hanya di hujung jari. Secara sedar ataupun tidak, kita telah pergi ke satu lagi era teknologi baru dengan pantas.

Segala urusan samada dengan kerajaan ataupun swasta menjadi mudah dengan adanya teknologi online.

Ini merupakan satu rahmat dan nikmat kepada kita semua sebagai manusia. Maka, bersyukurlah.


Apa yang ingin saya perkatakan mungkin sudah lapok pada hari ini. Tetapi bagi budak-budak yang mengambil subjek SPM tahun ini mungkin ada gunanya. :) Kenapa membeli secara online?

1. Mudah untuk memindah wang

Kalau dahulu kita kena beratur samada di pejabat pos atau di bank. Dengan kaedah online, anda hanya perlu duduk sahaja dihadapan laptop atau pc dan buat transaksi wang dengan segera. Lima minit sudah cukup. Masalahnya adalah pada generasi lama, tuan-tuan kena ajarlah kepada mereka kalau mereka masih tidak tahu. Bukankah mengajar itu baik dan dapat pahala pula tu…

Satu lagi, jangan pula salah pindah wang ke akaun orang lain, naya nanti.. :P

2. Banyak pilihan untuk membeli barangan

Sudah tentu. Ini adalah kerana terdapat berjuta-juta website yang memaparkan barangan yang hendak kita beli. Anda hanya perlu google sahaja. Salah satu tujuannya adalah supaya kita dapat membuat sedikit penyelidikan sebelum membeli sesuatu barang yang kita hajati.

Tetapi awas, jangan percaya bulat-bulat apa yang dihidangkan. Mungkin berlaku juga penipuan yang akan berlaku bila kita membuat pembelian.

3. Barang lebih murah

Saya sudah banyak kali terkena. Dan kalau ingin kita membuat perbandingan, membeli secara online adalah lebih baik berbanding jika kita beli di kedai. Cumanya, kalau anda bernasib baik, dan rajin mencari, kos penghantaran barangan adalah percuma. Jika tidak, bila kos penghantaran barangan di ambil kira, kemungkinan barang yang anda beli adalah tidak berbaloi.

Jadi sebagai pengguna bijak, carilah dan buat kajian yang terbaik. Keputusan ditangan anda.

Perlu juga diingat, tidak semua barang sesuai untuk di beli secara online. Contoh barang yang biasa dibeli adalah, aksesori telefon, tablet, ebook dan sebagainya.

4. Mudah kena tipu

Disebabkan terlalu mudahnya melakukan urusan secara online, maka mudah jugalah kita ditipu. Ada banyak laman web yang menawarkan skim pelaburan yang bukan-bukan terutamanya yang mendatangkan hasil yang lumayan.

Mereka yang licik ini akan mencari mangsa yang sangat ghairah untuk membuat duit secara online dan ingin kaya cepat. Jadilah pengguna bijak wahai rakan-rakanku. Tidak ada pelaburan yang tidak mendatangkan risiko. Kalau tiada langsung risiko, lagi tidak logik. Jadi, apa-apahalpun kita kena siasat dahulu. Jangan nanti sudah bangkrap, baru nak sedar.


Kesimpulan

Manfaatkan teknologi yang dicipta ini dengan sepenuhnya untuk kebaikan kita. Ini kerana, apa yang dicipta pada hari ini adalah untuk memudahkan urusan kita serta untuk meningkatkan produktiviti kita sebenarnya.

Jangan pula kita mudah ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Kita sebagai pengguna ada hak untuk membuat pilihan yang paling baik.

Satu lagi pesanan saya buat peniaga-peniaga yang suka membuat sistem pelaburan haram, sila hentikan perbuatan tersebut. Cukup-cukiolah anda menipu dan membohongi umat melayu Islam khususnya. Ada banyak lagi cara lain untuk mencari rezeki yang halal. Bukan dengan cara menindas dan menipu orang ramai.


Sekian,

Faizal bin Ehsan
www.faizalehsan.com

-Posted using BlogPress from my iPad

Apa yang menarik tentang 11.11.11?

Saya rasa hari ini pasti akan menjadi hari yang istimewa untuk sesetengah orang kita. Kerana apa? kerana tarikh hari ini yang dikatakan amat istimewa iaitu 11.11.2011 @ 11.11.11. Terpulang kepada pilihan dan pandangan masing-masing. Apa yang penting adalah, jangan terlalu terpengaruh dengan keistimewaan sesuatu benda itu sehingga menidakkan kekuasaan Allah s.w.t.

Dan, hari ini juga saya gatal tangan untuk menulis sesuatu pada tarikh ini…hehe. Bila sudah memulakan sesuatu, ada momentum akan dihasilkan. Oleh yang demikian, ambil kesempatan ini untuk meningkatkan momentum yang ada bagi mengelakkannya luput dari dalam diri kita. Ia ibarat motivasi juga.

Blog faizalehsan.com

Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua samada yang meninggalkan komen, atau lebih berminat untuk menjadi “silent reader” sahaja. Tidak ada masalah. Jika anda rasa blog ini memberi manfaat kepada anda, sebar-sebarkan kepada rakan-rakan kita yang lain. Semoga kebaikan yang kita dapat, kita boleh kongsi bersama.

credit to: http://www.flickr.com/photos/owenwbrown/

Semalam saya ada menulis tentang 19 profil usahawan yang terbilang. Kalau anda sudah baca sampai habis, alhamdulillah. Terus sahaja aplikasikan. Jangan bertangguh lagi (ingatan buat diri juga ni). Sememangnya banyak perkara-perkara penting yang perlu kita semaikan dalam diri untuk menjadi orang yang berjaya. Tidak ada jalan mudah. Apa yang mudahnya adalah, setiap perkara tersebut kita boleh pelajarinya.

Sudah hampir 2 tahun saya memulakan blog faizalehsan.com ini. Ada masa “on”. Ada masa “off”. Orang kata macam biskut pula.. ;) Namun, apa yang penting, saya tetap akan kuatkan diri untuk menulis sesuatu untuk anda semua. Menulis blog atau menjadi blogger bukanlah perkerjaan tetap saya seperti problogger yang lain. Dan, saya juga bukan penulis blog tegar. Jadi, itu sebabnya berlaku kelompangan dalam artikel setiap bulan. oh!..

Saya pasti ramai juga antara rakan-rakan yang mula berjinak-jinak dengan blog. Ada yang konsisten, ada yang dah padam terus. Itu menunjukkan, bukan mudah untuk terus kekal dalam penulisan.

Melainkan seseorang itu mempunyai tekad dan minat yang tinggi dalam bidang ini.

Di barat, penulisan seolah-olah menjadi suatu kewajipan dan juga merupakan sesuatu yang biasa diamalkan. Orang putih ni kalau buat buku itu menjadi sesuatu yang biasa. Bukan luar biasa seperti yang ada kita lihat di negara kita. Seolah-olah setiap orang boleh menghasilkan buku. Tidak kira dalam apa juga kategorinya, pasti kita akan dapat lihat buku-buku baru terhasil dari tangan mereka. Jadi, tidak hairan jika negara barat jauh meninggalkan kita dari segi penulisan mahupun pembacaan.

Bagaimana hendak menghasilkan penulisan jika tidak membaca?

Penulisan biasanya bermula dengan pembacaan. Setelah membaca, akan terbit idea-idea yang mungkin sama atau yang bertentangan dengan apa yang kita baca dalam buku. Selepas itu, baru kita boleh menghasilkan penulisan. Dan, tidak lupa juga, praktikal atau “berlatih” apa yang kita buat. Sesuatu itu tidak terhasil hanya dengan sekali buat sahaja. Mesti berusaha dan berusaha dan berusaha serta memberi masa kepada diri kita untuk melihat hasilnya. Ini adalah formulanya. Tidak ada jalan pintas.

Kesimpulannya

Jika kita mahu lakukan sesuatu perkara, lakukan dengan cara yang paling baik. Walaupun mungkin susah pada mulanya, insyaAllah akan berjaya jika usaha kita dilakukan secara berterusan. Secara peribadi, menjadi seorang blogger tidak mudah. Menulis sesuatu memerlukan kajian sebenarnya. Bukan dengan hentam keromo sahaja.

Selain itu, setiap apa yang kita tulis, kita harus bertanggungjawab sepenuhnya. Baik atau buruk, kita kena tanggung sendiri. Kita boleh menulis tentang apa sahaja samada tentang kehidupan kita, perniagaan, tip blogging, tip buat duit dan sebagainya. Namun di situ juga terletak tanggungjawab yang harus kita pikul. Jika sesuatu itu baik, alhamdulillah. Jika buruk? “lu Fikirlah Sendiri” –fe

 

p.s : oh…panjang sungguh entri kali ni. Idea datang mencurah-curah pula di pagi hari. Segala puji hanya bagi Allah.

p.s.s: Kalau rasa macam merapu, saya minta maaf. ;) ambil poin-poin yang penting sahaja ya.

p.s.s.s: Mahu membeli baju muslimah? Teddy bear? Hadiah untuk orang tersayang? Klik SINI atau SINI

Like Facebook blog ini di 

Follow saya di twitter

Cerita raya anda bagaimana?

Alhamdulillah.. Akhirnya selepas sebulan berpuasa, kita telah meraikan syawal pada hari selasa yang lepas. Bagaimana dengan raya sahabat-sahabat semua? ;) harapnya seronok dan gembira bertemu sanak-saudara.

Selepas ini bolehla kita sambung dengan puasa enam pula ya? Terlalu meraikan raya, jangan pula lupa bulan ramadhan yang lepas. Adakah kita sudah berubah kepada yang lebih baik atau sama sahaja selepas ramadhan? Atau lebih teruk lagi? Nauzubillah.

Disebabkan kita masih lagi dalam mood raya, saya rasa lebih baik kita cerita sedikit pasal raya. Betul tak? Sebagai usahawan, kita juga manusia biasa. Tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa terutama kepada keluarga dan pelanggan-pelanggan kita.

Satu perkara menarik yang kita selalu buat adalah menghantar sms ucapan raya kepada rakan-rakan. Saya juga ada menghantar kepada rakan dan pelanggan. Bagaimana dengan tuan-tuan? Kalau dapat hantar kad raya tentulah lebih bagus.

Sesungguhnya hari raya adalah hari untuk mengeratkan tali persaudaraan. Sudah jauh dan lama tidak ketemu, hari raya adalah hari terbaik untuk mengeratkan hubungan. Kebanyakan dari kita, selalunya tidak ingin singgah ke rumah saudara walaupun berdekatan. Tetapi bila raya alhamdulillah, segalanya ok.

Ok, sedikit update sempena awal bulan september dan Hari Raya ini. Berjumpa lagi pada artikel seterusnya.

P/s: Selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam di Malaysia dan seluruh dunia. ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

faizalehsan.com sudah berusia 1 tahun

Sedar atau tidak, sebenarnya saya hampir terlupa. Sesungguhnya blog faizalehsan.com telah menyambut ulangtahunnya yang pertama pada bulan August (11 hb)yang lepas. Macam mana boleh tidak ingat.. oh!.

Alhamdulillah, dalam tempoh sudah hampir satu tahun menulis, banyak juga yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Samada tip-tip berkaitan dengan perniagaan, motivasi dan sebagainya. Saya dengan rasa rendah hati berterima kasih kepada anda yang sudi berkunjung ke blog ini. Bagi mereka yang meninggalkan komen, terima kasih banyak-banyak. Bagi mereka yang hanya singgah sekejap dan pergi ke website lain, pun saya ucapkan terima kasih.

Setelah hampir satu tahun, barulah saya sedar bahawa, untuk berblog bukan sesuatu yang mudah. Pada mulanya sahaja bersemangat, namun selepas beberapa posting, terus hilang lenyap.. ;)

Saya akui, hendak menulis sesuatu untuk dikongsikan dangan anda tidak mudah. Kalau setakat menulis yang biasa-biasa sahaja, mungkin boleh mencecah sehingga beribu patah perkataan. Saya berpandangan, biarlah sesuatu yang kita tulis itu bermanfaat untuk diri, dan juga orang lain kerana mereka yang melayari internet, majoritinya mencari maklumat.

Sebab itu menjual maklumat samada ebook dan produk digital yang lain mendapat sambutan hangat.

Walaupun pada mulanya ingin menjadikan blogging sebagai sumber pendapatan utama, namun setelah melalui tempoh ini, banyak perkara yang perlu dikaji semula. Salah satu sebab ialah, ilmu yang ada masih kurang dan tidak konsisten dalam melakukan kerja. Mereka yang berjaya dan boleh anda jadikan contoh adalah seperti saudara smartzul, Rohaizad, Dr. Irfan, Ustaza Hasrizal dan sebagainya. Mereka tetap istiqamah melakukan posting setiap hari!

Kalau kita ingin berjaya, kita hendaklah meniru cara orang yang sudah berjaya.

Mungkin ini adalah kelemahan diri sendiri. Tetapi, insyaAllah, saya akan cuba perbaiki. Jika tidak dapat kerap menulis, saya tetap akan luangkan sedikit masa untuk menulis. Entah mengapa, selesai sahaja menulis, jiwa saya menjadi lebih tenang. Mungkin kerana dengan menulis saya dapat meluahkan apa yang terbuku di hati.

Mungkin ramai diantara kita yang tercari-cari idea untuk menulis artikel. Bagi saya, kalau anda hendak menulis sesuatu, cuba cari masa yang sesuai dengan anda. Waktu anda tenang dan tidak memikirkan perkara-perkara yang berat. InsyaAllah, idea untuk menulis itu akan datang dengan sendirinya seperti air terjun yang mengalir.

Okey, lari sedikit dari tajuk asal.

Bulan Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Bagaimana dengan amal ibadah kita sepanjang bulan puasa ini? Adakah semakin baik atau semakin menjunam?. Di akhir-akhir Ramadhan ini, digalakkan untuk meningkatkan amal ibadat sebanyak mungkin untuk mengejar malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam “lailatul qadar”.

InsyaAllah, malam yang kita cari ini akan muncul. Muncul jika kita mencarinya dengan sentiasa melakukan amal ibadah setiap malam tidak kira malam genap atau malam ganjil.

Kesimpulan

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada anda yang sudi berkunjung ke blog ini. Jika ada berlaku kesilapan, saya dahului dengan ucapan maaf dan saya akan perbaiki dari masa ke semasa. Teruskan melayari blog ini dan berikan sokongan dengan memberikan apa sahaja komen di ruangan komen di bawah ya? :)

Rebutlah malam-malam terakhir ramadhan ini… Salam Ramadhan dari saya.

faizalehsan

Pengarah Urusan

Cahaya Mentari Marketing

Ada apa dengan perniagaan?

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Kehidupan sebagai seorang usahawan memang bukan mudah. Baik usahawan kenvensional lebih-lebih lagi usahawan internet yang orang kebanyakan akan mengatakan mereka ini tidak ada kerja. Masakan tidak, duduk sahaja di rumah sambil main-main laptop, suka-suka hati nak keluar dan tido pada waktu malam dan sebagainya yang diluar pemikiran orang biasa bekerja.

Memang letih untuk menghadapi semua ini. Kalaulah anda tidak mempunyai hati kering dan semangat yang kental, lebih baik anda pergi cari kerja dan bekerjalah bersungguh-sungguh. Itu lebih baik dari menerima pelbagai tanggapan negatif masyarakat yang rata-rata masih tidak faham mengenai perniagaan melalui internet. Continue reading

Sekitar Workhshop Jutawan Internet Irfan Khairi

Alhamdulillah, setelah menanti sekian lama, akhirnya impian untuk menyertai workshop jutawan internet Dr. Irfan Khairi tercapai. Jika selama ini saya hanya memerhatikan dari jauh sahaja, tetapi hari ahad lepas, saya dapat berjumpa di depan mata.

Apakah keperluan menghadiri bengkel ataupun workshop?

Saya yakin, anda semua pernah menghadiri bengkel bukan bengkel motor atau kereta . Sejak dari sekolah, cikgu anda pasti pernah menghantar anda menghadiri kursus. Bagi yang sudah dewasa pula, syarikat tempat anda bekerja pasti akan menghantar anda untuk berkursus.

Namun, kebanyakan daripada kita hanya menganggap, kehadiran ke bengkel tersebut adalah kerana terpaksa. Sebab ketua jabatan suruh.. syarikat hantar.. dan sebagainya. Adakah kita sedar berapakah belanja yang telah dikeluarkan untuk anda? Apa yang paling penting adalah, ILMU yang anda dapat bila pelaburan telah dibuat.

Dengan menghadiri bengkel-bengkel seperti yang disebutkan di atas, kita akan lebih dekat dengan mentor. Kita lebih mudah faham apa yang di ajar. Senang untuk bertanya dan sebangainya.

Bagi saya yang menyertai bengkel internet tersebut, salah satu matlamat saya adalah untuk mempelajari cara yang betul untuk menjalankan perniagaan internet. Kebanyakan perkara yang di ajarkan saya sudah tahu, namun bagitu, saya tidak mahu berlagak pandai seolah-olah lebih bijak dari orang lain.

Seperti yang saya nyatakan di atas, tidak ada atau tidak pernah ada istilah “aku sudah pandai” bila berguru. Sebab apa, kerana seorang yang berjaya sentiasa mahu belajar benda baru walaupun ianya adalah asas. Sebab, perkara asas itulah yang akan membuatkan anda berjaya kelak. Jika anda lihat pokok yang subur, akarnya sihat dan kuat. Jika asas kita kukuh, saya yakin kejayaan adalah milik kita :) .

Bengkel tersebut sangat menyeronokkan. Terdapat bermacam-macam perkara penting yang ditekankan terutamanya, terdapat 3 kunci kejayaan dalam perniagaan internet. Anda nak tahu? sila beri komen di bawah dahulu ye ;) ? saya akan reveal kemudian.

Kebanyakan yang hadir ke workshop tersebut mempunyai latar belakang berbeza. Saya telah mengambil kesempatan utuk bertukar-tukar bisnes kad (salah satu kaedah promosi) dan pendapat. Oleh itu tuan-tuan, sertai mana-mana bengkel yang berkaitan dengan pernigaan anda, dan hargai setiap ilmu yang disampaikan. Jangan berlagak sombong.

Bak kata orang kaya;

orang yang kaya sentiasa mengosongkan kepala utuk menambah ilmu

Okey, kepada rakan-rakan yang dah menyertai mana-mana workshop, tahniah saya ucapkan. Moga kalian berjaya! Di bawah adalah beberapa gambar yang sempat diambil dari workshop perniagaan internet tersebut.

gambar penulis dan Dr Irfan Khairi

Dr Irfan sedang sibuk menandatangai buku (sign autograph)

muiz (kiri) – internet network security student nak mintak sign IK jugak ;)

Sila KLIK pada tawaran ISTIMEWA untuk anda di bawah:

Sudah 3 bulan rupanya…

Dengan nama Allah, tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, hari ini sudah lebih tiga bulan blog ini wujud di alam maya. Saya sangat bersyukur, walaupun ini hanyalah  merupakan kejayaan peribadi tetapi ianya cukup bermakna.

Anda tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri anda sendiri. Kenapa mahu bersikap hipokrit sedangkan di dalam jiwa anda tidak tenteram dengan pelbagai lakonan yang anda buat untuk menjadi hebat di mata orang lain? Jadilah hebat di mata Tuhan dan jadilah juga hebat di mata orang lain. Itulah kejayaan yang hakiki. Continue reading

Cerita tentang ebook (2)

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog faizalehsan.com :)

Okey, hari ini saya akan menyambung penulisan saya mengenai “cerita tentang ebook” . Tetapi sebelum itu izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini dan juga seribu penghargaan kepada mereka yang  memberi komen untuk menambahkan semangat saya untuk berbloging (bagilah komen banyak2 yer, biar lotih den nak menjawabnye ;) ) . Continue reading

Cerita Tentang e-book (1)

Salam kejayaan pengunjung blog faizalehsan.com. :) apa khabar? luar biasa bagus dan hebat sekali? (pinjam Dr Tuah punya tagline).

Agak lama juga saya ambil masa untuk buat posting terbaru di blog ni. Maafkan saya kerana tidak berapa sihat, hujung minggu lepas (keracunan makanan agaknye) selepas makan tengahari di sebuah kedai tak berapa jauh dari rumah. Namun, ribuan terima kasih kepada anda yang masih setia berkunjung ke blog ini untuk mendapat upadate terbaru.

Saya dah kembali sihat (alhamdulillah). Deritanya sakit perut..huhu. Okey tuan-tuan semua, seperti yang saya janjikan kepada anda pada artikel yang lepas, saya akan menulis mengenai “cerita tentang ebook”. Yer..ebook.. atau orang kampung kata “electronic book”. Saya pasti anda semua dah biasa dengar tentang ebook. saya nak cerita juga,tak peduli! Bukanlah maksudnya buku tu ada litar elektrik atau ada kuasa elektrik, karang tak pasal-pasal ada yang masuk Hospital. :lol: Continue reading

Menjadi Unik

Setiap insan dilahirkan mempunyai keunikan yang tersendiri. Walau sesiapapun, mereka adalah unik dan tidak akan sama antara satu sama lain.

Bagi manusia, menjadi satu kewajipan ke atas diri kita untuk sentiasa bersyukur dengan anugerah kurniaan yang maha Esa. Ada manusia yang dilahirkan di dalam keluarga yang kaya raya. tak perlu pening-pening kepala untuk mencari duit dan hiburan. Continue reading

6 Kriteria untuk menjadi JUARA dalam perniagaan (2)

Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions di blog ini. Terima kasih kerana melawat!

Assalamualaikum kalian semua.

Apo khabar?Saya mendoakan semoga anda dan keluarga dalam keadaan sihat walafiat serta sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t. Sudah lama rasanya kita tidak berjumpa, maklumlah dengan demam hari raya yang masih panas ini. Saya mengharapkan anda semua bahagia di samping keluarga dan bergembira dengan kemenangan setelah berpuasa selama satu bulan. Apa yang penting ialah kita mendapat sesuatu daripada puasa yang telah kita jalankan samada peningkatan dari sudut ibadah dan sebagainya.

Pertama sekali saya dengan rasa rendah diri memohon jutaan ampun dan maaf kepada para pengunjung blog ini yang mungkin berasa sedikit kecewa kerana saya terlewat “mengupdate” entri kali ini. Walaubagaimanapun, saya tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anda semua jika anda semua merasakan blog ini mampu untuk memberi inspirasi dan semangat kepada anda untuk menjalankan perniagaan samada perniagaan internet ataupun perniagaan konvensional. Saya menghadapi masalah menggunakan internet semasa di kampung, kerana itu saya tidak dapat membuat posting. Continue reading

6 Kriteria untuk menjadi JUARA dalam perniagaan

Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions di blog ini. Terima kasih kerana melawat!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kita bertemu lagi (kepada mereka yang suka melawat blog ini lah). Apa khabar usahawan berjaya semua? Macam mana dengan puasa anda semua? Almaklumlah,dah nak dekat raya ni..makin sibuk buat persiapan raya pula kan? :) anda ingat lagi tak pada artikel yang lepas berkaitan dengan 7 tip usahawan berjaya? kalau tidak ingat boleh rujuk di sini.

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai 6 kriteria untuk menjadi JUARA dalam perniagaan. Saya pernah mengikuti mini seminar bersama dengan Dato` Azman Ching (anda kenal tak? jutawan mlm :) ) dan juga Dr. Irfan Khairi. Dalam seminar tersebut saya sempat mencatat beberapa perkara penting dan perkara tersebut adalah seperti tajuk di atas. Continue reading

Tip memilih tapak perniagaan anda

Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions di blog ini. Terima kasih kerana melawat!

Memilih suatu tempat atau tapak untuk memulakan perniagaan boleh menjadi sesuatu yang amat memeningkan. Di mana lokasi strategik dan sebagainya. ada pandapat mengatakan tempat yang paling sesak adalah tempat yang terbaik untuk kita menyewa kedai. Ada juga yang mengatakan carilah tempat yang kurang sikit orang,selesa untuk menjalankan perniagaan.

Ada pro dan kontra daripada pendapat tersebut. Okey,saya bercerita mengenai orang cina. Mereka lebih suka tapak kedai mereka di tempat-tempat yang ramai  orang bertumpu. Ha..tuan-tuan boleh tengok sendiri. Dimana lokasi kedai-kedai bangsa cina kat luar tu?.

Bagi kebanyakan orang melayu (bukan semua) lebih suka tempat yang kurang orang. “Selesa” sikit katanya. Kalau kita fikir-fikir semula,tempat yang kurang orang sudah tentulah kurang juga potensi untuk pelanggan membeli. Pendapat anda? Continue reading