Mencari Kekuatan diri..

Salam sejahtera pengunjung blog faizalehsan.com.

Semoga anda semua masih berada dalam keadaan sihat sejahtera dan gembira dengan apa yang anda lakukan sekarang. Yer lah.. sekarangkan masih lagi belum reda penyakir H1N1. Ha…mesti ada yang buat-buat lupa tu..

Maafkan saya kerana lambat untuk update blog ini. Setelah memaksa diri saya yang suka bertangguh (terus terang jer.. ;) ) akhirnya saya dapat menulis pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, memang saya di duga dengan hebat. Pelbagai ujian terpaksa saya hadapi. (ni bukan ujian pmr atau spm).

how to be a hacker

gambar hiasan

Blog ini seperti yang saya ceritakan pada artikel yang lepas telah di “Hack” oleh warga turkey sekali lagi. Saya rasa mereka adalah orang yang sama menggodam blog saya. Walaupun saya telah banyak kali tukar password, tetapi perkara tersebut tetap berlaku. Tak mengapalah, bersabar..

Continue reading

Melahirkan Rasa Syukur

Selamat berkunjung ke blog faizalehsan.com. Sebuah blog yang memuatkan pelbagai informasi mengenai dunia perniagaan samada secara online ataupun offline. Blog ini juga memaparkan artikel-artikel motivasi yang di harapkan akan menaikkan semangat kepada setiap usahawan di Malaysia ini untuk  meneruskan usaha mereka mencapai kegemilangan dalam perniagaan.

Secara umumnya, perniagaan tidak dapat lari dari pelbagai rintangan dan ujian sebelum berkembang maju dan berjaya. Di dalam usaha kita untuk menjejaki tangga kejayaan, motivasi yang jitu diperlukan untuk menghadapi rintangan tersebut. Kalaulah kita hanya mempunyai pemikiran yang sempit dan cepat menyerah kalah, bermakna salah satu ciri usahawan tidak ada di dalam diri kita. Continue reading

Kenapa anda menulis Blog?

Salam sejahtera pengunjung blog faizalehsan.com. :)

Kenapa anda menulis blog? ha.. nampak macam boring je tajuk ni. Anda sudah semestinya mengetahui perkara asas menegnai mengapa anda setup blog bukan?. Saya sekadar ingin berkongsi beberapa perkara penting mengenai blog. Mungkin anda semua sudah tahu tetapi apa salahnya baca lagi. Setiap orang kan berbeza ;) .

Okey, menulis blog bukan lagi perkara pelik lagi ajaib pada zaman ini. Berbanding dengan 2 atau 3 tahun lepas, saya dapat lihat perkembangan dunia penulisan blog semakin hari semakin rancak dengan pelbagai tujuan dan alasan. Sehinggakan ramai orang sudah mula belajar membina blog samada berbayar dan percuma. Continue reading

Visi & Kejayaan Anda

Salam kejayaan kepada pengunjung blog saya. Visi merupakan suatu pandangan jauh dalam sesuatu perancangan hidup. Dengan adanya visi, maka anda akan lebih jelas tentang apa yang anda buat dalam sesuatu perkara terutamanya yang melibatkan perancangan kewangan.

Saya sangat tertarik dengan buku Adam Khoo – “Secrets of making multi-million dolar business”. Beliau membincangkan tentang pentingnya Visi yang jelas dalam mencapai kejayaana di dalam perniagaan. Apakah Visi saudara sahabatku sekalian? Continue reading

Nak kaya? Baca buku!

Memulakan sesuatu yang kita tidak tahu memang sesuatu yang amat memeritkan . Yerlah.. dah namanya pun tak tahu. Kalau buat nanti bila tersilap ada sahaja yang akan komplen macam-macam. Oleh itu, bagaimana tuan-tuan untuk kita hapuskan perkataan tidak tahu dalam diri kita ni?

Jawapannya sungguh senang. Sehinggakan budak yang baru sahaja berumur 5 tahun mampu menjawabnya. Jawapannya ialah membaca. Yer.. membaca. (mungkin anda boleh lihat post saya yang lepas tentang buku di sini ). Dalam zaman teknolgi maklumat yang sangat mencabar ini, tidak dapat tidak semua orang wajib membaca. Continue reading

Bolehkah saya berniaga?

Apabila kita mula mencapai kejayaan dari apa yang kita usahakan, kita akan terasa betapa nikmatnya erti sebuah kejayaan. Kadang-kadang kita terlupa yang kita dahulu pernah merasai kesusahan sebelum munculnya kejayaan.

Dalam kehidupan yang sangat mencabar terutamanya zaman sekarang, mencari pekerjaan adalah suatu perkara yang menjadi igauan kepada para graduan universiti. Manakan tidak, berapa ramai yang keluar tetapi tidak mendapat sebarang pekerjaan. Yang mendapat pekerjaan pula, tak memenuhi kehendak..oh!

“Dulu masa dekat universiti, aku belajar lain. Alih-alih bila keluar universiti, lain pula jadinya” kata Ahmad kepada Abu (bukan nama sebenar :wink: ). Ini adalah situasi sebenar yang melanda negara kita. Walaupun ada kedengaran bahawa pihak kerajaan akan cuba membantu, tetapi sejauh mana keberkesanannya tidaklah diketahui. Continue reading

Back to Basic! (kembali kepada Asas)

Dalam menempuh perjalanan menuju kejayaan dalam dunia perniagaan terutamanya perniagaan internet, terdapat pelbagai ranjau yang berliku perlu kita tempuhi. Sama ada ianya susah ataupun senang, itu adalah suatu proses yang saya pasti semua orang akan melaluinya.

Sepanjang penyelidikan yang saya buat tentang usahawan jutawan ataupun bilionair sekalipun, kebanyakannya bermula dengan susah. Dengan kesusahan yang mereka hadapi, mereka berusaha keras untuk keluar dari kesusahan tersebut untuk mencari kesenangan. Islam juga tidak menyuruh kita jadi malas dan mengharap harta jatuh dari langit. Kalau malas nak bekerja dan berusaha, memang kita tak akan kemanalah.

Saya pasti apa yang saya sebutkan tadi semua orang dah tahu dah..tetapi setakat tahu, dan kurang, ataupun mungkin jarang yang ingin mengambil tindakan. Apa guna tahu sahaja, kalau tidak bertindak. Saya tidak tahu mengapa, apa yang saya perhatikan, sikap manusia kebanyakannya begitu. :wink: Continue reading

Nilai RM51.00

Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions di blog ini. Terima kasih kerana melawat!

Sedar tidak sedar kita telahpun masuk ke masa akhir bulan ramadhan. Kebanyakan diantara kita pastinya sudah mula sibuk untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya yang bakal tiba hujung minggu ini. Bagaimana dengan puasa anda usahawan berjaya semua? Semakin bertambah baik ataupun terus di takuk yang lama? :wink:

Baru-baru ini saya dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama dengan rakan-rakan lama semasa belajar di kampus. Saya hadir bersama rakan yang lain yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Memang seronoklah nak berbuka bersama, manakan tidak, sudah lama tidak bersua muka dan mendengar kabar. Continue reading

Meh baca.. Tip tentang Masa

Assalamualaikum semua,

Macam mana dengan puasa rakan-rakan usahawan semua?harap-harap tiada masalah lah ye?bulan posa ni memang menuntut kita bersabar sebanyak-banyaknya. Bak kata ustaz Isamail Kamus,jangan perut kita je puasa, mata,tangan(jangan asyik nak melempang),mulut(jangan cakap benda bukan-bukan),telinga(jangan dengar benda tak baik) dan sebagainya kena jaga. Bukan apa tuan-tuan,jangan pula perangai kita masa bulan puasa ni sama dengan bulan tak posa.. :wink:

Hari ni saya nak berkongsi dengan tuan-tuan semua tentang tip juga,tapi kali ni lari sikit dari tajuk usahawan. Boleh ye?(^_^). Em.. waktu kita sihat adalah waktu yang paling baik untuk bekerja. Kalau dah sakit nak buat kerja pun susah..banyak kerja kita terbatas bila sakit. Ada satu hadis: Continue reading