Selamat tahun baru 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah..syukur kepada ilahi, kerana dengan izinnya kita masih lagi dapat bersama di ruangan siber ini.

Sudah lama sebenarnya saya ingin update blog kesayangan ini. Mungkin kerana kesibukan menguruskan perniagaan yang baru hendak berkembang menyebabkan saya tidak dapat menulis sesuatu untuk anda semua.

Esok merupakan hari baru dan tahun baru. Tahun 2010 pastinya telah banyak meninggalkan kisah suka dan duka kepada kita semua. Samada ianya baik atau tidak, ianya datang dari tuan punya dunia iaitu Allah s.w.t. Sebagai hambanya, terimalah dengan hati yang lapang.

Sebelum tahun 2010 melabuhkan tirainya, adalah lebih baik kita merenung kembali drama yang kita telah lakonkan pada tahun 2010. Ini adalah sebagai tanda kita ingin sentiasa memperbaiki diri kita kepada yang lebih baik.

Bagi mereka yang beragama Islam, langkah ini dipanggil “muhasabah” diri.

Tahun 2010 adalah tahun pertama saya memberanikan diri untuk serius menjalankan perniagaan. Walaupun pada mulanya bermula dengan modal yang sedikit, tetapi dengan sokongan dari keluarga serta pembekal bumiputera yang bersedia memberikan kemudahan dalam perniaagaan, alhamdulillah, dengan izin Allah, saya mampu berada di tahap sekarang.

Bukan mudah sebenarnya tuan-tuan dalam menjalankan perniagaan. Jika kita tidak cukup ilmu dan sokongan dari keluarga terutamanya, saya pasti langkah untuk menjalankan perniagaan akan sukar.

Terima kasih emak dan abah yang banyak membantu dalam proses saya menjadi seorang usahawan. Tanpa doa dan restu kalian, saya tidak akan sampai ke tahap ini.

Memiliki sebuah entiti perniagaan merupakan satu tanggungjawab. Bila ianya wujud, maka disitulah bermulanya tanggungjawab kita. Mengurus dan mentadbir dari segenap segi. Bermula dari pentadbiran sehinggalah kepada jualan serta pemasaran.

Sehingga ke hujung tahun ini, syarikat kami akhirnya sudah memiliki sebuah lori yang akan digunakan untuk memasarkan produk halal kepada seluruh umat Islam. Semoga dengan alat-alat ini, pihak syarikat akan mampu memberi yang terbaik kepada semua.

Sebenarnya terdapat banyak kisah suka dan duka sebelum kami memperolehi lori tersebut. Jika berkelapangan saya akan nukilkan di blog ini insyaAllah.

Nampaknya sudah banyak saya berceloteh. Saya memohon jutaan ampun dan maaf kepada semua jika tulisan ini agak membosankan anda. Almaklumlah sudah lama tidak menulis blog, maka agak kaku sedikit.

Selamat menyambut tahun baru 2011 saya ucapkan kepada semua. Semoga tahun baru ini akan membawa lembaran baru kepada kita dan apa yang paling penting adalah, kita mestilah sentiasa meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah s.w.t.

Salam sayang dari saya. Moga diberkati dan dirahmati.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Bandar Baru Serting,Malaysia

Salam Aidiladha 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah agak lama rasanya blog ini dibiarkan tanpa sebarang update. Masih adakah yang sudi berkunjung ke blog kesanyangan ini? Walaubagaimanapun, untuk tidak menghampakan rakan-rakan sahabat maya sekalian, maka hari ini saya menukilkan sesuatu untuk anda semua.

Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Kita kadang-kadang menyambutnya dalam banyak keadaan. Ada yang merasakan hari raya ini cukup penting. Ada yang biasa-biasa sahaja. Tidak kurang juga, ada yang tidak ambil “port” pun. Harap-harap kita tidaklah tergolong dalam golongan yang ketiga itu. Sebagai umat bertuah yang lahir dalam Islam, tidak wajar rasanya untuk tidak ambil tahu langsung berkenaan hal Hari Raya Aidiladha.

Ramai juga yang menyebut Hari Raya Aidiladha sebagai Hari Raya Haji. Maklumlah, ramai orang mengerjakan haji waktu-waktu begini. Jadi, berkaitan dengan hari raya haji ini, saya bawakan tulisan dari Ulama tersohor negara. Moga-moga ada “ibrah” yang kita akan dapat dari penulisan beliau. Kita ini sering lupa tuan-tuan. Maka, sekadar berkongsi dan menyampaikan apa yang sepatutnya sebagai seorang khalifah Allah, saya bawakan tulisan beliau di bawah.

Mari kita baca dan hayati bersama… (*jangan hanya memandang dari sudut politik sahaja, ambil isinya dan fikirkan bersama)

Haji – Bayangan Perjalanan Menuju Kematian. Continue reading

Mahu berjaya dalam perniagaan?Ubah mentaliti anda sekarang!

Kesibukan bukanlah alasan yang baik untuk tidak mengupdate blog. Nampaknya kita sudah sampai ke penghujung bulan 7 dan pada hari ini baru saya mempunyai kesempatan untuk menuliskan sesuatu untuk dikongsi bersama anda.

Sepanjang minggu lepas saya melakukan jualan dengan pergi ke kedai-kedai disamping melakukan servis. Samada untuk menambah produk baru ataupun menambah stok yang sedia ada. Perjalanan kami bermula dari Temerloh sehinggalah ke Kuantan.

Sepanjang jalan mengunjungi outlet-outlet kami, saya tempuhi pelbagai ragam pekedai-pekedai sebangsa saya. Ada yang bagus layanannya dan ada juga yang sebaliknya. Tetapi itulah adat berniaga, pelbagai ragam manusia kita akan tempuhi. Samada ianya baik atau buruk, kita harus menerima dengan hati yang terbuka. Orang putih selalu sebut, Continue reading

Mengembalikan semangat yang pudar!

Apabila kita sudah memulakan sesuatu perkara, maka kita tentulah mahukan ianya selesai. Bukan hanya kerja sekerat jalan sahaja. Dalam tempoh setengah tahun pertama ini, pelbagai perkara yang saya telah lalui dan harungi. Samada suka ataupun duka.

credit to - http://2.bp.blogspot.com

Pada permualaan, minat untuk meneruskan perniagaan secara online memang membuak-buak. Seperti air paip yang sudah penuh dalam baldi air. Tetapi bila sudah lama tidak mengambil tahu, ataupun mungkin sengaja tidak mahu ambil tahu mengenai dunia online, semangat itu sudah mula pudar dan menurun. Mungkin ini juga berlaku kepada anda?

Kadang-kadang bila sudah masuk ke dalam gelanggang, pertarungan yang sengit akan berlaku. Dan, apa yang kita selalu lihat dalam rancangan tinju, apabila loceng dibunyikan, maka peserta harus berehat. Saya bukan hendak bercerita mengenai situasi sebagai peninju, tetapi fokusnya adalah pada perkataan berehat. Continue reading

Mengekalkan Momentum

credit to http://www.irwandahnil.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar pengunjung blog faizalehsan.com. Nampaknya sudah agak lama (sebenarmya memang lama) saya tidak update blog kesayangan ini. Sudah mula bersawang barangkali. Rumah kalau sudah lama tidak berpenghuni dan dikemaskan sudah pasti akan ada jin yang bertandang.. harap-harap blog ini tidaklah.. :P

Saya pasti ada dikalangan pengunjung ini yang kecewa, kerana tidak ada artikel terkini mengenai dunia perniagaan. Tidak kira perniagaan internet, ataupun perniagaan produk fizikal.

Blog ini sudah kembali kewajah baru. Sebenarnya kembali kepada wajah yang asal. Saya menjadi agak fobia untuk menggunakan theme blog ini kerana sudah dua kali blog ini di Hack dengan theme yang sama. Walauapapun, mungkin ianya hanya satu kebetulan. Saya berdoa semoga perkara itu tidak akan berlaku lagi. Serik! Continue reading

Santai – Cerita kedai makan

Kerana berasa agak panas duduk di rumah (bukan sebab bergaduh ya), saya mengambil keputusan untuk keluar ke kedai minum rakan berhampiran dengan rumah. Tuan punya kedai  minum tersebut adalah seorang anak muda. Entah mengapa, walaupun hujan lebat pada petang hari semalam sehingga membawa ke malam, tetapi suhu di dalam rumah masih lagi tidak berkurang.

Pada mulanya saya ingin mengajak rakan untuk keluar minum bersama, tetapi mereka tidak berkesempatan. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk keluar seorang diri.

Sampai sahaja  di kedai tersebut, seperti biasa saya memesan minuman. Kedai tersebut mempunyai layar besar untuk kemudahan pelanggan menonton Tv. Saya juga mengambil kesempatan tersebut untuk menonton rancangan yang disediakan oleh tuan punya kedai. Sesekali keluar seorang diri, seronok juga. Boleh mengelamun sorang-sorang.. hoho. Continue reading

Tip Motivasi: Pemikiran Positif

credit to:http://www.kagakribet.com/artikel/millionaire.jpg

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Memiliki minda yang positif sangat perlu bagi mereka yang memilih usahawan sebagai kerjaya sepenuh masa. Adakalanya tidak semua yang dirancang akan membuahkan kejayaan. Kegagalan dan kejayaan adalah asam garam dalam dunia perniagaan. Sebagai usahawan yang tulen, syukurilah setiap ketentuan tersebut.

Selain mempunyai pemikiran yang positif, kita juga mestilah mempunyai semangat yang kuat dan sentiasa bermotivasi. Saya sangat teruja bila melihat rakan-rakan seperjuangan semakin berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing. Siapa kata kita tidak mampu berniaga?

Ada bermacam-macam cara untuk memotivasikan diri. Terpulang kepada cara masing-masing. Ada yang menjadikan idola mereka sebagai sumber motivasi, membaca artikel-artikel motivasi, ada yang dengan berjumpa kawan-kawan juga dapat  memotivasikan diri. Motivasi yang tinggi amat perlu kepada jiwa seorang usahawan. Continue reading

Dunia Perniagaan

credit to :http://3.bp.blogspot.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua hari ini? diaharapkan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Hampir seminggu saya tidak menulis sesuatu di blog ini. Sememangnya, untuk melakukan sesuatu secara “istiqamah” bukanlah suatu perkara mudah.

Dalam keadaan sekarang dunia yang semakin bergerak pantas, kita sudah pasti tidak  mahu ketinggalan. Namun jangan pula sampai terlupa untuk memanjatkan rasa kesyukuran kepada tuan punya dunia atas kehidupan yang masih diberikan kepada kita.

faizalehsan.com adalah blog peribadi saya. Sudah pasti ramai yang sudah mengetahuinya. Pada mereka yang baru singgah di sini. Salam perkenalan dan selamat datang saya ucapkan. Apa yang saya kongsikan bersama anda di dalam blog ini, diharapkan ada manfaatnya. Continue reading

Kepentingan membuat keputusan dalam perniagaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar kepada pengunjung faizalehsan.com?

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya saya paksakan diri juga untuk menulis sesuatu di dalam blog ini. Saya memohon jutaan ampun dan maaf kepada anda yang mungkin ternanti-nanti post terbaru dari blog ini.

Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan aktiviti perniagaan dan juga membangunkan pasaran syarikat. Lumrah dunia berniaga, pelbagai halangan dan dugaan akan dihadapi samada gelombang itu kecil atau besar. Bagaimana kita menghadapinya, itu terpulang kepada yang empunya diri untuk menghadapi setiap masalah tersebut.

Buat sementara, saya berhenti seketika dari dunia perniagaan internet untuk menumpukan sepenuh masa dalam usaha membangunkan syarikat. Yup, bukan mudah untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun, pada masa akan datang sudah pasti saya akan terus mengembangkan aktiviti perniagaan kepada perniagaan internet. Dengan pengumuman dan sokongan dari pihak kerajaan iaitu pelancaran HSBB, sudah pasti, pemasaran melalui internet menjadi sesuatu yang ‘perlu’ di dalam perniagaan.

Dalam usia yang baru setahun jagung ini, sudah pasti banyak perkara yang harus saya pelajari sebagai seorang usahawan. Setiap pembelajaran itu pula, harus dipelajari dalam masa yang singkat. Jika terlambat, kita akan ketinggalan jauh dari orang lain. Itulah dunia perniagaan.

Berbalik kepada tajuk artikel pada kali ini, dalam perniagaan, apa yang paling penting adalah membuat keputusan. Sebagai seorang pengarah urusan, atau ‘owner’ kepada syarikat sendiri, tidak dapat tidak, setiap keputusan yang diambil akan memberikan impak yang besar dalam perniagaan. Samada ianya baik atau buruk, setiap keputusan memberikan kesan.

Adakalanya, kita dihidangkan dengan pelbagai pendapat dari orang luar. Namun begitu, sebagai pembuat keputusan, kita tidak boleh cepat melatah dan hanya menurut sahaja setiap cadangan tanpa membuat kajian dan penilaian yang betul. Walaupun mereka adalah orang yang kita sayang, keluarga terdekat dan sebagainya, kita perlu ingat bahawa pada akhirnya, keputusan tetap terletak di tangan kita.

Keputusan untuk berjaya atau gagal juga terletak ditangan kita. Selaku manusia, sudah pasti anda mempunyai matlamat dan visi yang perlu dicapai. Tidak kira dilapangan perniagaan atau bekerja makan gaji, setiap dari kita mesti mempunyai matlamat yang jelas.

Saya sedar, anda dan saya mempunyai matlamat yang satu, ingin berjaya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Maka teruskan perjuangan itu hingga sampai ke hujungnya. Walaupun kadang-kadang kita akan rasa tidak mempunyai motivasi dan semangat, bersabarlah, kerana Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Sebenarnya membuat keputusan adalah perkara yang kita semua lakukan pada setiap hari, samada sedar ataupun tidak. Maka buatlah keputusan anda dengan bijak, supaya hasilnya sentiasa membuahkan keuntungan dan kebaikan kepada semua. Jumpa lagi.. :)

Menyedari Hakikat Diri

Asalamualaikum dan selamat sejahtera

Agak lama juga saya tak update blog ini (memang lama pun) dan sekarang adalah harinya. Saya memohon maaf kepada peminat setia blog faizalehsan.com kerana mungking anda ternanti-nanti post-post terbaru dari saya ;) . Memandangkan sejak akhir-akhir ini agak sibuk dengan perancangan mengembangkan lagi perniagaan, maka saya agak lambat untuk membawakan perkembangan terbaru.

Menjadi usahawan bukanlah semudah dan se-glamour yang anda sangkakan. Ianya menuntut pengorbanan banyak perkara samada wang ringgit dan juga masa. Tanpa perasaan dan keinginan yang kuat untuk berjaya dalam perniagaan, ianya adalah satu kerja gila bagi sesetengah manusia.

Menyedari hakikat ini, usahawan yang cemerlang perlu sentiasa memotivasikan diri sendiri. Sebenarnya, tidak ada sesiapapun yang mampu memotivasikan diri selain dari diri usahawan itu sendiri. Tidak kira anda usahawan internet atau usahawan konvensional, kedua-duanya memerlukan semangat yang kuat untuk terus berjaya.

Anda mahu tahu apakah keseronokan berniaga? Anda kena buat dan rasa sendiri nikmatnya membuat buit dengan tangan sendiri. Seperti yang kita semua maklum, 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Kita kena yakin dan percaya dengan rezeki yang Allah s.w.t telah kurniakan kepada setiap insan. Kita perlu berusaha mencarinya dengan cara menempuh hidup ini dengan sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.

Semakin kita merapatkan diri dengan Allah, semakin hampir Allah dengan kita dan semakin banyaklah rezeki yang datang tanpa disangka-sangka. Jika kita jauh denganNya, maka sudah tentu Tuhan punya dunia ini juga jauh dengan kita dan sudah tentu semakin sempit rezeki kita.

Percayalah, kita tidak akan selama-lamanya hidup susah, dan kita juga tidak akan selama-lamanya akan senang. Harungi hidup ini dengan hati yang terbuka kerana kesenangan itu satu ujian, dan kesusahan kita juga merupakan satu ujian. Apa yang kita perlu ingat adalah, hidup ini bukan dilihat dari mana ianya bermula, tetapi pengakhirannya yang akan diambil kira.

Berjumpa lagi pada artikel akan datang… :)

p/s: Sila lawati website ini untuk mendapatkan maklumat perniagaan syarikat kami.

Tazkirah Jumaat 4

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, kita bertemu lagi setelah sekian lama. Agak lama juga saya tidak update blog ini. Mungkin ini merupakan alasan sahaja tetapi pada hakikatnya terdapat pelbagai perkara yang berlaku di luar dugaan saya sebagai manusia biasa. Apa khabar anda semua?Harap-harap sihat-sihatlah hendaknya.

Tahun 2010 menjanjikan sesuatu yang lebih mencabar. Walaupun kita dapat melihat melalui kaca TV bahawa ekonomi semakin baik, tetapi kita sebagai rakyat Malaysia lebih tahu apa yang berlaku pada diri, keluarga dan masyarakat khasnya.

Satu perkembangan yang menarik dapat dilihat, pihak SSM atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia sudah mengorak langkah mempromosikan pendaftaran perniagaan dan menggalakkan pelajar-pelajar di seluruh IPT mengambil bahagian dalam bidang keusahawanan. Syabas!

Usaha yang baik ini perlu diteruskan untuk melihat lebih ramai usahawan-usahawan lahir dari kalangan muda-mudi. Tidak kira apakah jenis perniagaan asalkan ianya sah dan tidak melanggar syariat, hendaklah dibantu supaya perniagaan tersebut berjaya kelak.

Walaupun anda semua ada yang menjalankan perniagaan secara online, anda juga di kira sebagai usahawan. Jangan malu dan segan untuk memperkenalkan perniagaan anda untuk mendapatkan lebih keuntungan dan juga meramaikan rakan-rakan perniagaan.

Bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ini, seperti biasa saya akan tuliskan beberapa tafsiran dari ayat suci Al-Quran untuk renungan kita bersama.

“Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri.” (YUNUS: 45)

Berjumpa lagi pada artikel akan datang. Selalulah melawat ke blog ini untuk mendapatkan maklumat berguna bukan sahaja untuk dunia malahan untuk akhirat jua khususnya. :)

Talk Less, Act More!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Wah…lamenye tak jumpa.. semoga anda yang rajin melawat ke blog ini tidak merasa kecewa kerana lambat di update.

Alhamdulillah..akhirnya, saya paksakan diri untuk update blog ini hari ni.

Saya memohon jutaan ampun dan maaf kepada anda semua yang mungkin ternanti-nanti update terbaru. Hampir satu minggu saya tidak update. Ini adalah kerana saya mempunyai beberapa hal yang tidak dapat dielakkan di samping mengambil sedikit masa untuk membuat perancangan untuk membangunkan syarikat.

Pada kali ini, saya bawakan artikel dalam bahasa Inggeris. Artikel ini saya tidak menulisnya tetapi saya ambil dari artikel motivasi yang saya rasakan sesuai dengan jiwa seorang usahawan. Harap anda semua akan teruskan membaca sampai habis. Almaklumlah, bahasa Inggeris ni jarang orang berminat nak baca. Jadi, usahalah baca sampai habis ye?

Okey, kita mulakan dengan …

Promise only what you can deliver.  Then deliver more than you promise. – Author Unknown

Are you a big talker?  Are you always rambling on about how great your achievements are, how much you’re capable of, how far you’re going to go in life?  Speaking confidently about yourself and your activities is a good thing – but NOT if you’re just blowing hot air.  Some people do this in an effort to build up their courage or seek approval from others.  They lack a strong sense of inner security and belief about who they are and what they do (or want to do).  While we can easily understand and sympathize with this temptation, we need to focus on not falling into the trap ourselves.

Rather than letting your mouth tell others who you are and what you can do, let your actions do the talking.  Promise less but give more.  Give WAY more.  Let everything you do shout your worth to the world.  In fact, you’d be surprised how much of communication is actually non-verbal.  Words are only icing on the cake.  It’s your countenance, your demeanor and your attitude that speak the most about you.  If you blow a lot of hot air, all you do is steam up the room and create a fog that makes it difficult for people to see the genuine you.  You may think this obscures the less developed parts of yourself, but most people have surprisingly good radar and can smell a façade easily.

Actions, however, tell the whole story.  What you do is who you are.  You are what you do.  Your achievements, your energy and your character will reach out and grab the attention of those you wish to align yourself with.  If you always strive to do your best in everything you do and push yourself to be not just “good” but GREAT, you will infuse your unique energy into every activity and the results you get will astound not only you but everyone you touch.  Remember, a truly great person doesn’t have to say a word about their success because it’s written all over them.

Sampai di sini sahaja, semoga ada pengajaran yang kita boleh ambil dari artikel tersebut.

Buatlah sampai anda dapat buktikan kepada semua, apa yang anda buat selama ini adalah betul.

Salam kejayaan dari saya. Kepada anda yang baru melawat ke blog ini, sila isikan alamat email anda pada kotak “subscribe” di bahagian sidebar blog ini. Jumpa lagi semua!

Kisah Jin dan 3 orang Usahawan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, kita bertemu lagi pada pagi sabtu yang hening ini. Saya pasti, hari-hari cuti seperti ini sudah pasti ramai yang masih berbungkus dengan selimut, almaklumlah cuti. Namun bagi mereka yang bekerja sekerat hari hari ini, saya ucapkan selamat bekerja. Bekerjalah dengan hati yang ikhlas dan niatkan sekali kerja yang kita lakukan adalah sebagai ibadah kepada Allah s.w.t

kredit to : http://www.safartwork.com/images1/sketching/jom_jadi_usahawan_berjaya.jpg

Saya teringat satu cerita ketika menghadiri bengkel internet pada satu waktu yang dahulu. Cerita ini mengenai 3 orang peniaga dan jin. Saya bawakan cerita ini untuk anda, eksklusif hanya di blog faizalehsan.com

Ceritanya bermula apabila tiga orang sahabat yang mempunyai cita-cita besar untuk berjaya dalam perniagaan. Masing-masing mempunyai perniagaan masing-masing. Maka, untuk meluaskan lagi perniagaan, ketiga-tiga sahabat tersebut pergilah mengembara ke seluruh pelusuk dunia.

Dalam pengembaraan tersebut mereka berjumpa dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang baik, ada yang tak baik, ada juga yang langsung tak ambil pusing. Akhirnya mereka tersesat di dalam hutan. Mereka sebagai manusia yang berakal, sudah tentu akan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk keluar dari hutan tersebut. Akhirnya…. Continue reading