Rahsia Malam Pertama - Klik SINI
Powered by MaxBlogPress  

Archive for the ‘Coretan Peribadi’ Category

Menyedari Hakikat Diri

Asalamualaikum dan selamat sejahtera

Agak lama juga saya tak update blog ini (memang lama pun) dan sekarang adalah harinya. Saya memohon maaf kepada peminat setia blog faizalehsan.com kerana mungking anda ternanti-nanti post-post terbaru dari saya ;) . Memandangkan sejak akhir-akhir ini agak sibuk dengan perancangan mengembangkan lagi perniagaan, maka saya agak lambat untuk membawakan perkembangan terbaru.

Menjadi usahawan bukanlah semudah dan se-glamour yang anda sangkakan. Ianya menuntut pengorbanan banyak perkara samada wang ringgit dan juga masa. Tanpa perasaan dan keinginan yang kuat untuk berjaya dalam perniagaan, ianya adalah satu kerja gila bagi sesetengah manusia.

Menyedari hakikat ini, usahawan yang cemerlang perlu sentiasa memotivasikan diri sendiri. Sebenarnya, tidak ada sesiapapun yang mampu memotivasikan diri selain dari diri usahawan itu sendiri. Tidak kira anda usahawan internet atau usahawan konvensional, kedua-duanya memerlukan semangat yang kuat untuk terus berjaya.

Anda mahu tahu apakah keseronokan berniaga? Anda kena buat dan rasa sendiri nikmatnya membuat buit dengan tangan sendiri. Seperti yang kita semua maklum, 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Kita kena yakin dan percaya dengan rezeki yang Allah s.w.t telah kurniakan kepada setiap insan. Kita perlu berusaha mencarinya dengan cara menempuh hidup ini dengan sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.

Semakin kita merapatkan diri dengan Allah, semakin hampir Allah dengan kita dan semakin banyaklah rezeki yang datang tanpa disangka-sangka. Jika kita jauh denganNya, maka sudah tentu Tuhan punya dunia ini juga jauh dengan kita dan sudah tentu semakin sempit rezeki kita.

Percayalah, kita tidak akan selama-lamanya hidup susah, dan kita juga tidak akan selama-lamanya akan senang. Harungi hidup ini dengan hati yang terbuka kerana kesenangan itu satu ujian, dan kesusahan kita juga merupakan satu ujian. Apa yang kita perlu ingat adalah, hidup ini bukan dilihat dari mana ianya bermula, tetapi pengakhirannya yang akan diambil kira.

Berjumpa lagi pada artikel akan datang… :)

p/s: Sila lawati website ini untuk mendapatkan maklumat perniagaan syarikat kami.

Popularity: 27% [?]

Sphere: Related Content

  • Share/Bookmark

Mencari Kekuatan diri..

Salam sejahtera pengunjung blog faizalehsan.com.

Semoga anda semua masih berada dalam keadaan sihat sejahtera dan gembira dengan apa yang anda lakukan sekarang. Yer lah.. sekarangkan masih lagi belum reda penyakir H1N1. Ha…mesti ada yang buat-buat lupa tu..

Maafkan saya kerana lambat untuk update blog ini. Setelah memaksa diri saya yang suka bertangguh (terus terang jer.. ;) ) akhirnya saya dapat menulis pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, memang saya di duga dengan hebat. Pelbagai ujian terpaksa saya hadapi. (ni bukan ujian pmr atau spm).

how to be a hacker

gambar hiasan

Blog ini seperti yang saya ceritakan pada artikel yang lepas telah di “Hack” oleh warga turkey sekali lagi. Saya rasa mereka adalah orang yang sama menggodam blog saya. Walaupun saya telah banyak kali tukar password, tetapi perkara tersebut tetap berlaku. Tak mengapalah, bersabar..

(more…)

Popularity: 40% [?]

Sphere: Related Content

  • Share/Bookmark

Alahai Bangsaku….

Salam sejahtera.

Agak lama juga saya tak update blog ini. Maafkan saya kerana kekangan masa dan juga beberapa masalah yang berlaku ke atas blog sejak kebelakangan ini. Walaumacammanapun, hari ini saya tidak bercadang untuk menulis artikel baru. Saya ambil artikel lepas yang telah hilang (tak sempat backup) akibat daripada di Hack tempoh hari untuk tatapan anda.

Saya tidak tahu apakah sebabnya. Mungkin artikel ini menjadi punca blog ini di Hack. Bacalah dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani. :) (more…)

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 52% [?]

Sphere: Related Content

  • Share/Bookmark

 Powered by Max Banner Ads 
Compare cell phone plans and deals | Thanks to Best CD Rates, Conveyancing in London and Registry Software