Kenapa “Kepercayaan” penting dalam Perniagaan?

Jika ditanya kepada mana-mana peniaga atau usahawan, mereka akan menitikberatkan soal “kepercayaan“. Maksudnya di sini bukanlah kepercayaan tentang rukun iman atau sebagainya, tetapi lebih kepada kepercayaan dalam hubungan perniagaan.


Dari mana datangnya kepercayaan itu?

Kepercayaan akan datang melalui perhubungan yang betul antara pelanggan dan juga peniaga. Sebagai seorang usahawan, kepercayaan adalah sangat penting sebelum kita melakukan apa-apa urusan perniagaan. Iyalah… Siapa pula yang mahu membeli dari seseorang yang tidak kita percayai. Betul tak?

Saya ada menempuh sedikit pengalaman berkaitan dengan kewajipan seseorang menjual “kepercayaan” yang ada dalam diri. Mungkin akan diceritakan pada artikel berikutnya.


Saya senaraikan beberapa sebab kenapa perlunya “kepercayaan” dalam kita menjalankan urusan perniagaan.

1. Keyakinan

Selalunya pelanggan akan membeli dari kita bila mereka sudah yakin dan percaya kepada kita. Walaupun sesuatu produk itu bagus, tetapi orang yang menjualnya tidak boleh dipercayai, maka tiada sebarang jualan yang akan terhasil.

Contoh mudahnya adalah, kita akan lebih mudah membeli sesuatu daripada rakan niaga yang kita kenal berbanding dengan orang luar(orang yang kita tidak kenal).

2. Mudahkan urusan

Sesuatu tugas yang kita akan amanahkan akan bergantung kepada sejauh mana kita mempercayai kebolehan seseorang. Bila sudah percaya, maka urusan kita akan menjadi mudah.

Disamping itu, adakah kita akan mudah mempercayai seseorang hanya dengan perjumpaan pertama kali?

3. Pembelian berulang

Pelanggan biasanya akan membuat pembelian berulang dari seorang peniaga yang mereka percaya. Ini kerana keyakinan kereka terhadap peniaga tersebut dan juga kepercayaan yang diberikan kepada mereka.

Kenapa kita yakin dengan sesuatu produk? Kerana kita mempercayai jurujualnya tidak akan menipu kita apabila mereka membuat jualan ke atas kita.

4. Hubungan jangkamasa panjang

Maksudnya disini adalah, kepercayaan kedua-dua belah pihak iaitu antara peniaga dan juga pelanggan akan berterusan selagi mana kepercayaan itu wujud. Selagi hubungan yang baik itu berterusan, ia akan mengekalkan hubungan tersebut sampai bila-bila.

Oleh itu, kepercayaan adalah sangat penting tidak kira dalam perniagaan dan juga hubungan kita seharian.

Orang Cina sangat menitikberatkan tentang kepercayaan dalam hubungan perniagaan. Mereka biasanya akan mempercayai kita selagi mana kita tidak khianati mereka. Tetapi jika kita sudah buat hal, sampai bila-bila pun mereka akan berasa curiga dengan kita.


Semangat ini juga ada baik dan buruknya. Tetapi ambillah yang baik dan gunakan dalam kehidupan kita dan di sini saya fokuskan kepada usahawan dan juga peniaga.

Peniaga yang jujur akan disayangi oleh pelanggan dan juga tuan punya dunia ini iaitu Allah s.w.t.

Sekian,
Mohammad Faizal
www.cahayamentarimarketing.com

-Posted using BlogPress from my iPad

Kenapa membeli secara online?


Kecanggihan teknologi pada hari ini membolehkan kita membeli barang hanya di hujung jari. Secara sedar ataupun tidak, kita telah pergi ke satu lagi era teknologi baru dengan pantas.

Segala urusan samada dengan kerajaan ataupun swasta menjadi mudah dengan adanya teknologi online.

Ini merupakan satu rahmat dan nikmat kepada kita semua sebagai manusia. Maka, bersyukurlah.


Apa yang ingin saya perkatakan mungkin sudah lapok pada hari ini. Tetapi bagi budak-budak yang mengambil subjek SPM tahun ini mungkin ada gunanya. :) Kenapa membeli secara online?

1. Mudah untuk memindah wang

Kalau dahulu kita kena beratur samada di pejabat pos atau di bank. Dengan kaedah online, anda hanya perlu duduk sahaja dihadapan laptop atau pc dan buat transaksi wang dengan segera. Lima minit sudah cukup. Masalahnya adalah pada generasi lama, tuan-tuan kena ajarlah kepada mereka kalau mereka masih tidak tahu. Bukankah mengajar itu baik dan dapat pahala pula tu…

Satu lagi, jangan pula salah pindah wang ke akaun orang lain, naya nanti.. :P

2. Banyak pilihan untuk membeli barangan

Sudah tentu. Ini adalah kerana terdapat berjuta-juta website yang memaparkan barangan yang hendak kita beli. Anda hanya perlu google sahaja. Salah satu tujuannya adalah supaya kita dapat membuat sedikit penyelidikan sebelum membeli sesuatu barang yang kita hajati.

Tetapi awas, jangan percaya bulat-bulat apa yang dihidangkan. Mungkin berlaku juga penipuan yang akan berlaku bila kita membuat pembelian.

3. Barang lebih murah

Saya sudah banyak kali terkena. Dan kalau ingin kita membuat perbandingan, membeli secara online adalah lebih baik berbanding jika kita beli di kedai. Cumanya, kalau anda bernasib baik, dan rajin mencari, kos penghantaran barangan adalah percuma. Jika tidak, bila kos penghantaran barangan di ambil kira, kemungkinan barang yang anda beli adalah tidak berbaloi.

Jadi sebagai pengguna bijak, carilah dan buat kajian yang terbaik. Keputusan ditangan anda.

Perlu juga diingat, tidak semua barang sesuai untuk di beli secara online. Contoh barang yang biasa dibeli adalah, aksesori telefon, tablet, ebook dan sebagainya.

4. Mudah kena tipu

Disebabkan terlalu mudahnya melakukan urusan secara online, maka mudah jugalah kita ditipu. Ada banyak laman web yang menawarkan skim pelaburan yang bukan-bukan terutamanya yang mendatangkan hasil yang lumayan.

Mereka yang licik ini akan mencari mangsa yang sangat ghairah untuk membuat duit secara online dan ingin kaya cepat. Jadilah pengguna bijak wahai rakan-rakanku. Tidak ada pelaburan yang tidak mendatangkan risiko. Kalau tiada langsung risiko, lagi tidak logik. Jadi, apa-apahalpun kita kena siasat dahulu. Jangan nanti sudah bangkrap, baru nak sedar.


Kesimpulan

Manfaatkan teknologi yang dicipta ini dengan sepenuhnya untuk kebaikan kita. Ini kerana, apa yang dicipta pada hari ini adalah untuk memudahkan urusan kita serta untuk meningkatkan produktiviti kita sebenarnya.

Jangan pula kita mudah ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Kita sebagai pengguna ada hak untuk membuat pilihan yang paling baik.

Satu lagi pesanan saya buat peniaga-peniaga yang suka membuat sistem pelaburan haram, sila hentikan perbuatan tersebut. Cukup-cukiolah anda menipu dan membohongi umat melayu Islam khususnya. Ada banyak lagi cara lain untuk mencari rezeki yang halal. Bukan dengan cara menindas dan menipu orang ramai.


Sekian,

Faizal bin Ehsan
www.faizalehsan.com

-Posted using BlogPress from my iPad

Kita sentiasa ada pilihan

Dalam menelusuri hidup ini, kita telah menempuh pelbagai perkara. Sejak dari kecil hinggalah dewasa. Kalau masa kecil dahulu, kita mungkin tidak terlalu tertekan dengan masalah yang rumit seperti belanja sekolah, pendapatan harian dan sebagainya. Kita hanya berada di dalam dunia kita.

Seronok? Pasti seronok dengan apa yang kita lalui masa lalu. Mengimbau masa lalu memang seronok. Apatah lagi, bila kita berkesempatan menjadi seorang dewasa sekarang ini. Ada juga mereka yang tidak sempat. Sudah kembali mengadap tuhan yang maha esa. Maka bersyukurlah.

Saya kini jarang menulis mengenai perniagaan. Mungkin kerana perniagaan sekarang berada dalam keadaan yang suram. Sedikit mengganggu rentak perjalanan hidup ini. Walau apapun, hidup mesti diteruskan dengan tabah. Buat selagi termampu.

Berbalik kepada tajuk asal kita.

Kita ada dua pilihan. Iaitu membuat pilihan yang baik dan buruk. Pilih yang mana satu. Hakikatnya, kedua-dua pilihan adalah benar belaka. Kerana baik atau buruk datangnya dari Allah. Namun, kita mempunyai akal untuk menimbang yang mana baik dan juga buruk. Maka sebagai manusia yang waras, kita akan memilih untuk buat kebaikan.

Bagaimana dengan mereka yang memilih jalan keburukan? Jawapannya hanya satu, kembali kepangkal jalan. Berdoa dan terus berdoa agar dikurniakan hidayah untuk terus bersama Islam insyaAllah. Selain itu, mohin juga agar dibukakan pintu hati kita yang tertutup agar dimudahkan untuk kembali ke jalan yang benar.

Allah maha pengampun dan maha penyayang. Sebagai hamba yang sering melakukan kesilapan samada sedar atau tidak, kena minta ampun. Buanglah rasa ego kita.

Mungkin apa yang saya perkataan adalah secara umum sahaja. Saya pasti pengunjung blog ini bijak-bijak belaka untuk memahami dan dapat menggali dengan lebih dalam lagi apa yang tersirat dan tersurat.

Sekian,

Assalamualaikum
- faizal bin ehsan

Ps: Anda dialu-alukan untuk memberi komen.. :)

-Posted using BlogPress from my iPad

Kenapa Cari buruk pasangan?

Bersangka buruk kepada pasangan kita hanya akan membawa kepada pergaduhan. Dalam agama kita juga melarang kita dari bersangka buruk terhadap orang lain.


Dalam perhubungan, pasti ada pasang dan surutnya. Bak kata pakar motivasi, umpama bateri. Mesti kena cas bila sudah lemah.

Begitu juga dalam perhubungan. Ketika sedang hangat, kesemuanya nampak baik belaka. Bila sudah sejuk, perkara yang kecil juga boleh menimbulkan perbalahan sesama kita. Dan perkara yang paling mudah berlaku adalah kita mudah mencari buruk pasangan kita.


Saya bukanlah seorang pakar dalam perhubungan. Sekadar menulis untuk berkongsi. Mungkin ada diantara anda semua yang mempunyai masalah yang sama. Sebenarnya semua orang mempunyai masalah, cuma cara mengatasinya yang membezakan sesama kita.

Oleh itu, sebagai kesimpulan, mencari buruk pasangan kita tidak akan membuatkan perhubungan menjadi lebih baik. Kembalilah kepada jalan Agama. Berdoalah semoga hubungan yang dibina akan berkekalan walaupun dilanda badai sekalipun. Kerana doa adalah senjata orang mukmin yang paling ampuh.


Semoga hidup kita diberkati.

Ps: Eh, kenapa saya menulis mengenai perhubungan?konfius…hehehe.
-Posted using BlogPress from my iPad

Selamat tahun baru 2012


Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. yang telah memanjangkan umur kita pada hari ini. Di samping itu juga nikmat hidup dan peluang yang masih diberikan bersempena dengan tahun baru masihi ini.

Sebenarnnya saya ingin mengupdate blog ini pada awal tahun baru. Tetapi disebabkan beberapa masalah peribadi dan juga sikap suka bertangguh, maka sebab itulah ianya masih lagi tidak di update. Salah diri sendirilah tu… ;)

Pasti ramai dikalangan blogger yang akan mengucapkan selamat tahun baru kepada para pengunjungnya. Termasuklah saya, “Selamat tahun baru”. Walapun mungkin agak terlambat (sebab sudah hari yang ke empat)

Tahun 2011 banyak meninggalkan peristiwa suka dan duka kepada saya dan keluarga. Yup, kami banyak diuji dengan pelbagai perkara yang boleh menyebabkan hilang rasa sabar dalam hati ini. Namun sebagai orang yang beriman, apa sahaja yang berlaku, kita kena terima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada dengan ketentuan Allah s.w.t.

Dalam pada itu, ujian dalam perniagaan tidak kurang juga hebatnya. Banyak perkara yang menyebabkan perniagaan mengalami kerugian. Dari pelanggan dan juga kesilapan yang dilakukan oleh diri sendiri. Itulah proses belajar. Kalau kita mahu mengakui kesilapan kita, baru kita ada peluang untuk belajar sesuatu. Jika kita ego, memang susahlah.

Pada tahun ini, apa yang saya harapkan adalah segalanya akan berjalan seperti apa yang dirancang. Memanglah kita akan diuji, kerana setiap insan yang beriman akan diuji keimanannya dahulu. Semoga kita semua tabah menghadapi cabaran tahun baru 2012 ini dengan jayanya dengan bimbingan dan petunjuk dari Allah s.w.t.

Oh ya, tahun baru mesti kita akan bangun dengan azam baru bukan?hehe. Tidak ketinggalan juga, salah satu azam tahun baru adalah untuk aktif semula menulis blog. Mesti ramai yang rindukan tulisan saya kan?(perasan saje..hehe).

Ok, setakat ini dahulu perkembangan terbaru. Kita berjumpa lagi pada masa akan datang. Kecanggihan teknologi telah banyak memudahkan hidup kita. Tetapi teknologi tetap tidak dapat menghapuskan rasa kita sesama manusia. Manfaatkan teknologi untuk kemudahan kita bersama. Dan apa yang saya ingin tegaskan disini adalah, berjuanglah untuk Islam khususnya. InsyaAllah usaha kita akan diberkati oleh Allah s.w.t.

Jumpa lagi… ;)

Ps: Apa kata anda kongsikan azam tahun baru anda di sini? Saya sangat menghargainya. Terima kasih ye.. :)

Salam Aidiladha 1432Hijrah

Alhmdulillah. Kita bertemu lagi di ruang maya ini. Agak lama saya tidak update blog ini. Kalau hendak dibuat alasan, memang sentiasa ada untuk tidak update blog faizalehsan.com ni hehe.

Terdapat pelbagai perkara yang berlaku sepanjang dua bulan ini. Sedar tidak sedar sudah sampai bulan November.

Apa khabar sahabat usahawan semua? Bagaimana dengan semangat dan motivasi anda sejak dari awal tahun sehingga sekarang? Saya pasti semangat itu ada naik dan turun. Itu normal. Sedangkan iman pun ada turun dan naiknya.

Walauapapun yang berlaku, kalah ke, sakit ke, gagal ke, dan sebagainya, janganlah sekali-kali kita berputus asa. Kerana apa? kerana orang yang berputus asa itu tidak pernah berjaya. Saya juga sekadar memberi semangat dan memberi ingatan kepada diri sendiri terutamanya.

Berbalik kepada salam Aidiladha ini, saya tidak ada apa-apa yang ingin diulas. Seperti biasa, hari raya korban ini lebih kepada kita memperingati perjuangan dan pengorbanan Nabi Ismail a.s. dan juga Nabi Ismail a.s. . Tidak terhingga tahap pengorbanan mereka jika hendak dibandingkan dengan apa yang kita korbankan utuk agama kita. Tetapi itu bukan alasan sebenarnya. Selagi terdaya, kita boleh lakukan apa yang termampu.

Kalau tidak mampu buat semua, jangan tinggal semua.

Banyak perkara yang saya mahu kongsikan berkaitan dengan korban. Namun, jika dinukilkan satu persatu, mungkin boleh menghasilkan sebuah buku..huhu. ;)

Cukuplah sekadar sedikit update setelah sekian lama tidak buat artikel terbaru. Nantikan pada masa akan datang tip-tip keusahawanan dan juga perniagaan di blog ini. Saya hanyalah manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Sedaya upaya saya cuba lakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga anda semua.

Bersempena Hari Raya Qurban ini, saya memohon seribu kemaafan atas apa yang berlaku samada sengaja atau tidak sengaja. Memohon kemaafan bukanlah hanya untuk hari raya sahaja, tetapi setiap hari kita mesti memohon maaf dan memaafkan kesalahan orang lain.

Jika mahu hati yang tenang dan tenteram, maafkan orang lain sebelum tidur. InsyaAllah hati kita akan tenang. Semoga kita semua mengambil iktibar peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s dan amalkannya dalam kehidupan kita. Semoga diri saya dan diri tuan-tuan dirahmati Allah s.w.t.

Oh ya, sebelum itu, hayati kata-kata di bawah. Semoga memberi inspirasi kepada kita semua.

Uruslah emosi, betulkan hati, betulkan pemikiran, bersangka baik, insyaAllah rezeki akan datang kepada kita mencurah-curah.

Sertai saya di Facebook dengan klik di sini faizalehsan.com

Kalau anda semua ada twitter, klik sini @faizalehsan

 

 

 

Cabaran dalam perniagaan 2011. Adakah kita sudah bersedia?

ihsan dari teddyunawakaka.blogspot.com

Sudah lebih dari seminggu nampaknya blog ini tidak ada cerita baru..

Baru-baru ini saya pergi ke Shah Alam untuk melakukan tugas biasa saya iaitu melakukan jualan air. Namun, tujuan sebenarnya adalah untuk memulangkan semula stok lama yang akan tamat tarikh luput tidak lama lagi. Aisey, macam menunjukkan kelemahan pula ya? Tetapi tak mengapalah, inikan blog peribadi saya, apa salahnya berkongsi sesuatu sambil-sambil cari idea menarik untuk dikongsikan.

Biasanya saya akan memunggah barang sehari sebelum bertolak. Memang memenatkan tetapi dalam masa yang sama dapatlah keluarkan peluh. Kesihatan yang baik amat perlu dalam usaha untuk meraih kejayaan tau. ;) Continue reading

Cerita raya anda bagaimana?

Alhamdulillah.. Akhirnya selepas sebulan berpuasa, kita telah meraikan syawal pada hari selasa yang lepas. Bagaimana dengan raya sahabat-sahabat semua? ;) harapnya seronok dan gembira bertemu sanak-saudara.

Selepas ini bolehla kita sambung dengan puasa enam pula ya? Terlalu meraikan raya, jangan pula lupa bulan ramadhan yang lepas. Adakah kita sudah berubah kepada yang lebih baik atau sama sahaja selepas ramadhan? Atau lebih teruk lagi? Nauzubillah.

Disebabkan kita masih lagi dalam mood raya, saya rasa lebih baik kita cerita sedikit pasal raya. Betul tak? Sebagai usahawan, kita juga manusia biasa. Tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa terutama kepada keluarga dan pelanggan-pelanggan kita.

Satu perkara menarik yang kita selalu buat adalah menghantar sms ucapan raya kepada rakan-rakan. Saya juga ada menghantar kepada rakan dan pelanggan. Bagaimana dengan tuan-tuan? Kalau dapat hantar kad raya tentulah lebih bagus.

Sesungguhnya hari raya adalah hari untuk mengeratkan tali persaudaraan. Sudah jauh dan lama tidak ketemu, hari raya adalah hari terbaik untuk mengeratkan hubungan. Kebanyakan dari kita, selalunya tidak ingin singgah ke rumah saudara walaupun berdekatan. Tetapi bila raya alhamdulillah, segalanya ok.

Ok, sedikit update sempena awal bulan september dan Hari Raya ini. Berjumpa lagi pada artikel seterusnya.

P/s: Selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam di Malaysia dan seluruh dunia. ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Ada apa pada Steve Jobs dan Apple?

2, 3 hari ini kita dikejutkan dengan perletakan jawatan ketua pegawai eksekutif Alpple, Steve Jobs. Seperti yang di petik dari akhbar:

SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Steve Jobs, meletakkan jawatan itu semalam atas alasan beliau tidak lagi mampu meneruskan tugas tetapi akan terus terbabit dalam mengemudi syarikat, salah sebuah firma teknologi paling berpengaruh dunia.

Walaupun berita ini menggemparkan, tetapi bagi saya, ianya adalah lumrah kehidupan. Kita tidak akan selama-lamanya akan menongkat langit. Apalagi tiada yang kekal di dalam dunia ini. Continue reading

Monolog Ramadhan

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? Harapnya sihatlah ya. Dalam menempuh hari-hari terakhir bulan Ramadhan yang akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi, tentu kalian semua sedang bersiap untuk menyambut Raya pula.

Agak lama tidak ada artikel terbaru dalam blog ini. Hampir menjejak ke 3 bulan lamanya. Kalaulah diibaratkan rumah sewa, sudah tentu bersawang ;)

Sehinggalah ada pengunjung yang menegur saya di FB, barulah ada sedikit kekuatan untuk menulis sesuatu di sini.

Sepanjang dua atau tiga bulan ini, banyak perkara yang berlaku ke atas diri saya. Samada berbentuk peribadi atau dari sudut perniagaan. Sebagai insan kerdil dalam dunia ini, kita pasti akan diuji dengan pelbagai perkara untuk melihat sejauh mana tahap keimanan kita kepada yang maha pencipta.

Perkara-perkara ini sedikit sebanyak mempengaruhi mengapa blog ini tidak diupdate. Namun, bila memikirkan setiap tindakan dan keputusan yang kita telah buat merupakan satu amanah, tidak dapat tidak kita tidak boleh lari dari menunaikan tanggungjawab. Setiap yang kita wujudkan, terpikul amanah padanya. Saya merasakan setiap penulisan di blog adalah amanah anda semua kepada saya. Continue reading

Manusia, sebaik-baik kejadian

Assalamualaikum w.b.t.Dengan nama Allah tuhan yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani .

Artikel ini di tulis di dalam blog lama saya. Ketika itu masih belajar di kampus. Semoga bermanfaat.

Didalam surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud:

“Verily, We created man of the best stature(mould)”
“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “
 
 

Berdasarkan ayat di atas, kita sebagai manusia sepatutnya berasa sangat-sangat bersyukur di atas segala kelebihan yang telah allah s.w.t. kurniakan. Tetapi ramai manusia pada hari ini tidak tahu untuk bersyukur kepada tuhan kerana telah memuliakan kita sebagai manusia untuk menjadi Khalifah atau pntadbir di alam ini.

Saya ingin berkongsi satu kisah yang telah diceritakan oleh sahabat saya. Kisah ini agak menarik dan boleh dikaitkan dengan ayat di atas.

Cerita ini adalah cerita rekaan sahaja. Namun mempunyai iktibar yabg cukup bermanfaat. Continue reading

Kita adalah manusia, bukan robot!

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? harap sihat-sihat belaka lah ya? Semoga hari anda sentiasa ceria dan bahagia. Kalau tidak berasa ceria pun, buat-buatlah rasa ceria. Mungkin aura-aura positif itu akan timbul bila kita mula ubah fikiran kita.

Perniagaan pada masa kini menuntut kita berubah dengan lebih cepat dan pantas. Kalau tidak, kita tidak dapat kekal lama dalam perniagaan yang kita usahakan. Trend hari ini adalah mengenai sosial media. Bahkan setiap syarikat besar turut serta menyertai laman-laman sosial yang ada sekarang seperti facebook dan sebagainya.

Isunya adalah adakah kita mahu berubah atau tidak? Bagi usahawan yang lama mungkin susah hendak menerima perubahan yang berlaku. Bagi usahawan generasi muda, kuasa internet adalah sangat kuat dan mampu menumbangkan cara lama. Namun begitu, tidak semestinya cara lama tidak berkesan. Continue reading