Bolehkah saya berniaga?

Apabila kita mula mencapai kejayaan dari apa yang kita usahakan, kita akan terasa betapa nikmatnya erti sebuah kejayaan. Kadang-kadang kita terlupa yang kita dahulu pernah merasai kesusahan sebelum munculnya kejayaan.

Dalam kehidupan yang sangat mencabar terutamanya zaman sekarang, mencari pekerjaan adalah suatu perkara yang menjadi igauan kepada para graduan universiti. Manakan tidak, berapa ramai yang keluar tetapi tidak mendapat sebarang pekerjaan. Yang mendapat pekerjaan pula, tak memenuhi kehendak..oh!

“Dulu masa dekat universiti, aku belajar lain. Alih-alih bila keluar universiti, lain pula jadinya” kata Ahmad kepada Abu (bukan nama sebenar :wink: ). Ini adalah situasi sebenar yang melanda negara kita. Walaupun ada kedengaran bahawa pihak kerajaan akan cuba membantu, tetapi sejauh mana keberkesanannya tidaklah diketahui.

Bagi anda pengunjung blog ini yang bijak laksana, saya pasti anda semua sedar akan hal ini. Jadi, apakah pilihan yang ada untuk mereka sahabat-sahabat yang baru lepas bergraduan untuk mendapatkan pekerjaan pertama mereka? Jawapan saya adalah, berniaga! Jadi usahawan!

Berniaga..?susahnya bang… saya ni manalah tahu bab-bab berniaga ni..adoi.. :D

Yer..saya tahu… bukan mudah. Saya tak cakap anda terus je terjun dalam bidang perniagaan macam terjun dalam mulut buaya :wink: . Belajarlah… itu aje. Kalau dekat universiti dulu korang rajin belajar, takkan dah keluar universiti ni anda jadi malas pula. Hidup ni sampai mati pun kena belajar tau. :)

Okey, itu sedikit kisah mengenai graduan-graduan yang  masih tidak mempunyai pekerjaan. Itu realiti, bukan fantasi. Kalau tak percaya, cuba tanya anak jiran sebelah rumah anda. :)

Mencari pekerjaan adalah satu perkara.. tetapi mencipta pekerjaan adalah satu perkara yang lain. Mencipta pekerjaan bermakna anda memberi peluang kepada orang lain untuk mendapat pekerjaan juga. Muliakan orang yang “create” pekerjaan untuk orang lain? :) . Okey, anda pilih.

Saya ingin membetulkan persepsi masyarakat tentang dunia perniagaan yang sebenar. Kebanyakan mereka lebih suka bekerja makan gaji ataupun orang kata suka berada di dalam zon selesa. Saya minta maaf kepada mereka yang makan gaji, bukan bermaksud untuk menghina atau memperlekeh pekerjaan anda, tetapi untuk membuka sedikit ruang perbincangan supaya kita dapat melihat dunia perniagaan sebagai cabang untuk mencari rezeki.

Kadang-kadang saya berasa geram.. hina sangatkah berniaga? Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. juga berniaga. Kalau kita menghina orang yang berniaga bermakna kita menghina Nabi kita sendiri. Tuan-tuan, sila betulkan persepsi anda tentang perniagaan.

Selain itu, jangan pula sematkan dalam kepala anda, yang hanya boleh kaya dalam perniagaan adalah orang bangsa asing. Orang melayu tak boleh..orang islam tak boleh…jangan..tak betul kalau kita ada pemikiran macam tu. Kita berbalik lagi kepada ajaran islam yang sebenar, Nabi bersabda “9/10 rezeki dalam perniagaan”. Jadi, Berniagalah!

Saya akui, bukan semua orang mampu dan boleh berniaga. Kalau semua orang berniaga, siapa yang akan menjadi pembeli? Tetapi bagi peniaga pula janganlah ambil kesempatan.. berniagalah dengan cara yang betul! Kita kena sedar, semua orang ada peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam dunia ini. Tiada pelanggan atau permintaan, maka tiadalah perniagaan atau pengeluaran. Semuanya saling berkait. :)

Kesimpulannya, semua orang saya yakin, mahu membina sebuah kehidupan yang selesa dan sempurna. Mempunyai kemewahan yang macam kita selalu tengok dalam tv tu… kereta BMW, rumah 3 tingkat, ada premis perniagaan yang besar dan mewah serta macam-macam lagilah.

Boleh tuan-tuan..anda boleh dapat semua itu, tetapi anda kena berusaha kuat dan berkorban banyak perkara. Tak perlulah saya sebutkan disini kerana ianya terlalu banyak. Anda boleh tanya mereka yang sudah berjaya.

Bagi tuan-tuan yang masih bekerja..teruskanlah pekerjaan anda tersebut jika anda selesa. Tetapi tengoklah dan fikirlah juga tentang peluang-peluang yang ada untuk tingkatkan taraf hidup kita ke peringkat yang lebih tinggi lagi. :) Saya yakin ada..mesti ada.. tetapi kenalah cari.. tak cari tak jumpa.

Sekadar ini dahulu perkongsian saya, kalau ada yang terasa maafkan saya. Jangan lupa untuk “bookmark” blog ini dan datang lagi untuk mendapatkan informasi berguna “dunia perniagaan” semasa. Saya harapkan setiap perkongsian saya akan memberi manfaat dan meningkatkan motivasi diri saya dan anda semua serta melihat dunia dari sudut yang berlainan :wink: Adios!

Bukan senang nak senang.. Nak susah pun macam tu juga..tuan-tuan setuju?

p.s: sila kongsi pendapat anda yang bernas itu di ruangan komen ye? :)

Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions. Terima kasih kerana melawat!

6 thoughts on “Bolehkah saya berniaga?

  1. Saya sokong artikel ini. Persepsi orang yang tidak mahu menjalankan perniagaan kerana tiada modal, tak berani tanggung risiko dan nak untung cepat kena tolak ketepi…

  2. Pingback: Twitted by faizalehsan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.