Dec
14
2009

Blog faizalehsan.com di Hack Sekali lagi!

Salam sejahtera kepada pengunjung blog faizalehsan.com

Semalam telah berlaku lagi perkara yang mendukacitakan. Blog ini telah di Hack sekali lagi! (mujurlah kali ini tidak setruk yang lepas). Kali ini saya sudah dapat mengesan dimana Hacker yang tidak bertanggungjawab ini dan mereka adalah dari Turkey. Aduhai..memang tak serik-serik diorang ni.

Saya memohon maaf kepada anda semua kerana jika dilihat pada tarikh saya update blog ini adalah pada 7 haribulan Disember. Sebenarnya  saya telah menulis artikel pada 12 haribulan yang lepas tetapi artikel tersebut tidak dapat diselamatkan akibat database blog ini hilang.

Setelah bertungkus-lumus dari petang hingga ke malam tadi, akhirnya saya berjaya selesaikan masalah tersebut. Kesemua database yang lepas saya telah instal semula. Cuma artikel terbaru tidak dapat diselamatkan. Pengalaman digodam pada masa lepas telah membuatkan proses setup semula blog ini agak pantas.

Saya masih buntu untuk mencari penyelesaiaan masalah ini. Mana tidaknya, saya telah tukar password database blog ini agak kerap, tetapi masih lagi boleh dicerobohi. Memandangkan hal ini masih berlaku, nampaknya saya terpaksa “study” lebih sikit mengenai hacker (siapla korang..huh!)

Namun, hal ini tidak sekali-kali akan mematahkan semangat saya. Saya akan terus berusaha meningkatkan ilmu untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang bakal timbul pada masa akan datang. Memanglah perit rasanya kerana anda terpaksa meluangkan lebih masa untuk setup semula blog yang telah di godam. Namun inilah cabaran yang perlu di tempuh.

Saya telah menukar theme blog ini kepada yang baru. Saya harap dengan penukaran theme blog kali ini akan lebih memberi semangat kepada saya dan juga memudahkan anda membaca artikel-artikel di dalam blog.

Okey, setakat ini dahulu perkembangan semasa mengenai blog ini. Saya harap anda semua akan terus melawat blog ini untuk mendapat segala tip mengenai usahawan internet dan perniagaan produk fizikal secara percuma. Saya sangat  menghargai anda  yang masih setia berkunjung ke blog faizalehsan.com. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan pendapat bolehlah tulis di ruangan komen.

Sekian..jumpa lagi pada artikel akan datang.

yang ikhlas,

faizal ehsan a.k.a. pairjal@jebat

www.faizalehsan.com

Related Posts

About the Author:

Pengasas & Pengarah Urusan Cahaya Mentari Marketing

4 Comments + Add Comment

  • takziah kepada bro kerana kena hack..

    anyway,theme bro simple n menarik..good job bro!

    keep it up!

    • terima kasih bro adrenal atas sokongan. hmm…memang mengecewakan..dah dua kali kena.. tension betul.. ni akaun email pula hilang..

  • huhu… kata blogger n internet marketer… tak power la mcm ni… blog kena hack. pakai hosting cap ayam kot… mcm tu lah

    • hosting cap ayam?atau salah diri sendiri?

Leave a comment

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.

 

Komen Terkini

ARKIB