Blog faizalehsan.com di godam! (2)

Salam sejahtera pengunjung setia blog faizalehsan.com

Alhamdulillah, akhirnya saya selamat sampai ke Kuala Lumpur pagi tadi (balik kampung beraya). Salam Aidiladha juga saya ucapkan kepada semua.

Saya masih lagi berada dalam keadaan penat. Maklumlah baru saja sampai, tetapi saya akan jadi lebih penat bila memikirkan nasib blog ini yang telah digodam beberapa hari lalu. Namun begitu, mungkin ini adalah salah satu pengorbanan yang perlu saya buat dan kebetulan masanya adalah pada hari raya kurban.

hacker

credit to http://2.bp.blogspot.com

Saya masih tidak dapat mengenalpasti siapakah yang menggodam blog ini. Adakah mereka dari luar negara ataupun di dalam negara ini. Walauapapun, perkara sudah berlaku dan saya terima dengan berlapang dada. Mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian ini.

Apakah yang dilakukan oleh hacker ke atas blog saya?

Setelah membuat pemeriksaan, saya dapati hacker ini telah memadamkan kesemua file-file yang terdapat di dalam cPanel saya (dalam folder) kemudian digantikan dengan file dari hacker tersebut. Jadi apabila anda cuba “access”  blog ini maka akan tertera gambar hacker tersebut.

Perkara kedua yang dibuat adalah mereka telah memadamkan “password” cPanel saya dan juga akaun email (gmail). Jadi saya tidak dapat “login” kedalam cPanel dan juga akaun email. Memang sangat mendukacitakan kerana email ini adalah email primary yang saya gunakan untuk berhubung dengan pelanggan dan juga laman-laman lain yang berkaitan.

Memang huru-hara dibuatnya. Maklumlah, ini adalah pengalaman saya yang pertama digodam oleh hacker. Saya tidak tahu apakah tujuan sebenar mereka. Samada hanya ingin “test power” atau memang sengaja hendak merosakkan blog yang baru “setahun jagung” ini.

Untuk pengetahuan rakan-rakan semua (kalau yang dah tahu tak mengapalah) jika bernasib baik, hanya file “index” sahaja yang akan diganggu. Jika mereka hanya menggangu file tersebut, maka anda boleh cuba cari file hacker dan “delete” sahaja file tersebut. Jika mereka bertindak lebih teruk anda mungkin akan kehilangan kesemua file penting dalam blog anda.

Selain itu, email saya yang hilang sudah tidak dapat digunakan lagi. Oleh itu saya terpaksa membuat email baru (akaun baru). Apa yang dikesalkan ialah, email yang telah digodam dan tidak dapat digunakan lagi itu mengandungi pelbagai maklumat penting mengenai perniagaan saya dan perkara-perkara peribadi. Namun apakan daya, ini adalah hakikat yang perpaksa saya terima.

Kesimpulan

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada hacker yang telah menggodam blog ini. Anda semua telah membuatkan saya belajar banyak perkara baru yang berkaitan dengan hacker dan mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian ini dari berulang.

Semua kejadian ada hikmahnya. Terpulang kepada kita untuk melihat dari sudut positif atau negatif. Saya tidak akan melenting dan marahkan sesiapa dalam hal ini. Kemungkinan ianya datang dari kelalaian saya sendiri. Segala yang baik itu datang daripada Allah, dan yang jahat dan lemah juga datang dari Allah jua tetapi dizahirkan kepada kelemahan diri saya sendiri. Berjumpa lagi pada artikel akan datang..

yang ikhlas,

faizal ehsan a.k.a. pairjal@jebat

www.faizalehsan.com

p.s: saya akan tulis mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh anda jika di godam pada artikel seterusnya. Oleh itu teruskan melayari blog ini sekerap mungkin :)

p.p.s: Saya yakin anda ada sesuatu yang ingin dikongsi di blog ini. Apakata tulis diruangan komen sekarang :)

p.p.p.s: Kepada hacker, hentikan perbuatan anda sekarang. Jangan salah guna kemahiran anda.

5 thoughts on “Blog faizalehsan.com di godam! (2)

  1. Pingback: Apa anda perlu buat selepas di Hack? | faizalehsan.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.