Mungkin ada dikalangan kita yang selalu mengarahkan kepada pekerja supaya membuntuti pelanggan jika ada pelanggan masuk ke kedai. Tahukah anda bahawa kita sebenarnya membuatkan pelanggan berasa tidak selesa untuk membeli barangan di kedai kita.
Saya yakin ada dikalangan kita yang mengalami situasi seperti ini. Bagi saya secara peribadi, perbuatan pekerja seperti itu hanya akan menyebabkan saya keluar awal dari kedai tersebut. Jika kita meletakkan diri sebagai pelanggan, kita akan rasai semua ini.

Tidak salah untuk melayan pelanggan, tetapi apa salahnya bertanya perkara yang perlu, dan beri peluang kepada pelanggan untuk menilai samada ingin membeli atau tidak. Tunggu pelanggan bertanya dan anda berdirilah agak jauh dari mereka. Ini akan membuatkan pelanggan berasa lebih selesa untuk membuat pembelian. Jika mereka inginkan bantuan, mereka akan panggil anda, ini saya jamin.
Mungkin ada dikalangan bos-bos yang berfikir akan ada kecurian. Ye, mungkin juga akan berlaku, ambillah langkah yang bijak. InsyaAllah perkara ini akan dapat diatasi dengan hikmah. Ada juga yang akan berfikir, pekerja tidak buat kerja jika tidak mengekori pelanggan. Cuba anda pergi ke pasaraya besar, tidak ada dikalangan pekerja yang sibuk-sibuk mengekori pelanggan. Sebab itu, pelanggan seronok untuk membeli dan jumlah belian mereka sangat banyak. Sampai penuh troli.
Ramai yang sudah tahu, pelanggan adalah raja. Jadi layanlah dengan baik, kerana tanpa pelanggan, perniagaan yang kita lakukan akan lingkup. InsyaAllah, jika kita berpegang kepada prinsip ini, perniagaan kita akan melonjak naik disertai dengan nama kita juga akan menjadi harum.
Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri apabila diri sendiri menjadi pelanggan. Nampak remeh, tetapi memberi kesan yang besar. Jumpa lagi.
Sekian
www.cahayamentarimarketing.com
www.faizalehsan.com
-Posted using BlogPress from my iPad