Assalamualaikum w.b.t.
Pada kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang satu artikel yang telah lama saya tulis,tetapi baru hari ini saya tergerak untuk kongsikan kepada anda semua.Artikel ni saya tulis 4 tahun lepas(heheh). hmm..mungkin artikel ni akan dapat memberi peringatan kepada kita bersama. Harap-harapnya begitulah ye. Usahawan pelu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. kerana yang sebenar-benar kaya hanyalah Allah s.w.t. jua. JAdi teruskan membaca..
Apa-apa pun marilah kita mengucapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. yang masih memberikan sedikit peluang dan ruang kepada kita untuk menjalani hidup yang cukup indah ini.
Di dalam surah Ibrahim Allah s.w.t. telah berfirman dengan maksud sekiranya kamu bersyukur,maka kami akan tambahkan nikmat kamu.
Ada orang berasa rindu pada seseorang,rindu kepada keluarga,sahabat-sahabat lama dan sebagainya. Sesuatu yang kita suka dan biasa buat apabila kita tinggalkan pasti akan terbit rasa rindu dalam hati. Rasa rindu juga merupakan anugerah Allah s.w.t. yang cukup istimewa jika kita mahu berfikir mengenainya.
Saya ingin berkongsi pengalaman ketika belajar di sekolah memandu semasa cuti semester lepas. Saya amat tertarik kepada tenaga pengajar di sekolah terbabit. Beliau merupakan seorang berbangsa cina dan sudah lebih 40 tahun mengajar di sekolah memandu. pendek kata “otai” lah.
Apabila mengajar beliau selalu menyebut “belajarlah benda yang betul”. Perkataan ini selalu diulang-ulang di dalam kelas. Terdapat pelbagai jenis manusia yang saya jumpa di dalam kelas. Malah,rakan dari satu kampus juga kebetulan ada bersama saya.Fuh..how lucky.
Kenapa kita kena belajar benda yang betul?saya akui sebelum ini saya memang sudah boleh memandu. Jadi, kalau setakat mahu memandu kereta sudah tiada masalah. Tetapi bila pergi ke kelas memandu, barulah saya tahu bahawa selama ini saya telah mengamalkan cara memandu yang salah. Bukan lah semuanya salah tetapi teknik nya yang bermasalah.
Banyak benda yang saya belajar dari orang tua tersebut. Dari cara memandu sampailah kepada teknik menjaga kenderaan sehingga tahan lama. Memang tidak silap kalau saya panggil “otai”. Bak kata orang tua-tua, santan kelapa tua lebih pekat dari yang muda. Kalau kita perah sekali je santannya cukup pekat. Tidak seperti kelapa muda, jauh sekali bezanya. Kadang-kadang kalau ke kedai terpaksa beli dua biji baru terasa pekat.Itu pun belum tentu lagi..
Beliau selalu menasihati pelajar dan selalu menekankan perkataan seperti di atas. Kebanyakan sekolah memandu biasanya malas mahu mengajar dengan baik.Mungkin ingin menjimatkan kos. Mungkin juga ini merupakan salah satu sebab mengapa kemalangan di Malaysia yang tercinta ini langsung tidak pernah turun,malah semakin bertambah.
Amanah yang diberi untuk mengajar dilaksanakan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Rasuah? perkara yang sering berlaku di tempat-tempat seperti ini. Saya sebenarnya risau jika saya gagal dalam ujian memandu atas sebab-sebab yang tidak munasabah. Almaklumlah, ada juga terdengar suara-suara yang mengatakan bahawa pihak jpj begitu mudah mahu mengagalkan seseorang. Kalau mahu lulus kena lah hulu-hulur skit..
Rasuah di Malaysia terlalu membimbangkan. jika di lihat dari indeks yang dikeluarkan oleh suatu kajian.Malaysia semakin jatuh dari tangga yang sepatutnya. Nampaknya kerajan yang di terajui oleh perdana menteri masih gagal membendung gejala yang semakin berakar umbi dalam masyarakat kita pada hari ini. jika di tempat seperti sekolah memandu yang kecil itupun sudah berlaku rasuah,inikan pula sebuah negara.
Apa yang ingin dibawa oleh perdana menteri dengan penubuhan intstitut integriti nasional nampaknya masih gagal menurunkan indeks rasuah di negara ini. Inilah akibatnya jika pemimpin yang di pilih tidak mempunyai fikrah islam yang jelas. Eh, macam banyak pula berkata mengenai politik. sekadar buat renungan sahabat-sahabat. Apa yang berlaku memang telah berlaku. jika gejala ini tidak di bendung,negara pasti akan punah.
Dalam hidup ini, kita sebenarnya boleh belajar benyak benda yang berlaku hanya dengan memperhatikan setiap perkara yang berlaku disekeliling kita. Cuma terpulang kepada kita untuk memikirkan. Jika tidak, kita akan menjadi sama seperti manusia lain. Jarang mempunyai sudut pandangan yang berbeza.
Parang kalau sudah lama tidak di asah,maka akan tumpullah matanya. Walaubagaimanapun, hidup di atas dunia moden yang serba pantas ini menuntut kita untuk belajar banyak perkara dan menguasainya dalam masa yang cukup singkat. Cumanya terkadang kita tidak terkejar kerana kelemahan dan kelalaian diri kita sendiri.
Begitulah indah nya kehidupan yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Betapa maha pengasih dan penyayang nya Tuhan sekalian alam ini yang masih memberikan kita kekuatan untuk meneruskan hidup.walaupun kita di uji, tetapi setiap ujian yang di beri lebih merupakan anugerah dari Allah s.w.t.
Hidup jika tiada masalah,maka tidaklah dinamakan kehidupan namanya. Mati tetap akan mengundang masalah terutamanya bagi yang mahu membunuh diri. Apa yang penting bagaimana cara untuk kita menyelesaikan masalah,bukan lari dari masalah. Setiap orang perlu membuat keputusan yang terbaik dalam hidup.
bak kata orang putih
“Challenges are what make life interesting, overcoming them is what makes life meaningful.”
emm..sampai disini sahaja setakat ini. Saya minta maaf kalau artikel kali ini kurang menyebut tentang tip-tip seorang usahawan,apa yang pasti saya harap anda akan dapat “sesuatu” insyaAllah. Banyak sebenarnya perkara yang ingin saya kongsi bersama. sehingga berjumpa lagi. wassalam..
ps: rajin-rajinlah melawat blog ini dan komen pape yang patut.(~_-)
Say Something...
Powered by Facebook Comments