23
2009
Belajar dari KESILAPAN
Silap…silap..asyik silap jer… aduhai..
Apa yang silapnya? mesti anda semua ingin tahu kan? Sebenarnya tiada apa, cumanya saya ingin berkongsi mengenai kesilapan ataupun kesalahan-kesalahan yang kadang-kadang kita terlepas pandang dalam menjalani kehidupan sebagai manusia.
Menjalani kehidupan tanpa membuat sebarang kesilapan adalah sesuatu yang ganjil. Yer lah.. mana mungkin kita tidak melakukan kesalahan. Samada sengaja ataupun tidak sengaja. Kesalahan itu besar ataupun kecil ianya tetap telah berlaku.
Antara contoh kesilapan yang kita sering lakukan (sayalah tu
), mengabaikan waktu berharga. Maksudnya membazir masa buat kerja-kerja yang tidak berfaedah. Sedangkan masa yang ada boleh digunakan untuk menambah ilmu berkaitan perniagaan dan sebagainya.
Kesilapan yang ke 2 – Malas
Malas adalah satu penyakit yang “biasa” bagi manusia. Tak tahulah betul ke tidak
(biasanya betullah) . Nak buang sifat malas dalam diri memang payah. Kalau tidak ada disiplin yang kuat untuk berubah, maka, tidak akan kemanalah. Perubahan yang kita buat pun hanya sekadar perubahan yang sementara.
Kesilapan yang ke 3 – Tak tahu guna peluang
Peluang nak buat duit dengan internet sudah ada di depan mata, tetapi kita masih lagi tidak mahu cuba dan buat tak endah sahaja dengan peluang tersebut. Peluang hanya akan datang sekali, tidak dua kali. Kalau peluang tersebut datang juga, ianya adalah dalam bentuk yang lain dan tidak akan sama dengan peluang yang pertama tadi.
Kesilapan yang ke 4 – Tidak menghargai orang disekeliling anda
Manusia di dunia ni tak mampu nak hidup sorang-sorang tuan. Oleh itu, hargailah setiap orang di muka bumi ini samada kawan-kawan, binatang dan semua makhluk. Jika tidak, kita akan dianggap sombong dan hanya pentingkan diri sendiri. Bila ini berlaku, jika kita menghadapi masalah dan ingin meminta pertolongan, tiada siapa yang sudi membantu.
Kesilapan yang ke 5 – Tidak mahu mengakui kesilapan diri sendiri
Ha.. yang ke lima ini adalah kesilapan kita yang utama. Tidak mahu mengakui kesilapan diri sendiri. Sebab apa ini berlaku, sebab kita terlalu ego dengan diri sendiri. Samada tuan-tuan sedar ataupun tidak, dengan mengakui kesilapan diri, kita akan rasa lebih bertanggungjawab atas segala tindakan yang kita lakukan. Cubalah..insyaAllah anda akan lebih kenal siapa diri anda yang sebenar.
Kalau kita mahu berjaya, Akuilah kesilapan yang pernah kita lakukan samada sengaja atau tidak sengaja. Kelak kita akan mencapai kejayaan jika kita terus belajar memperbaiki kesilapan tersebut.
Kesimpulan
Setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Oleh itu, teruskan usaha anda dalam mengejar matlamat tetapi pada masa yang sama, mesti memperuntukkan sedikit masa untuk muhasabah diri sendiri supaya kita dapat melihat kejayaan dan kegagalan yang kita pernah lakukan seterusnya menjadi manusia yang lebih baik.
Dengan ini saya dengan rasa rendah hati memohon seribu kemaafan jika terdapat kesilapan saya dari segi penulisan artikel yang mengguris hati dan perasaan pengunjung blog ini. Saya akan terus berusaha memperbaiki setiap penulisan saya agar bermanfaat dan berguna untuk anda semua.
“Manusia yang paling baik adalah manusia yang mampu memberikan manfaat untuk orang lain”
Saya akan kongsikan kepada anda mengenai “cerita tentang ebook” pada artikel akan datang. Jangan terlepas..Selalulah jenguk2 blog ini yer.
ps: saya minta maaf sejak kebelakangan ini agak kurang menulis mengenai perniagaan internet. Ini adalah kerana saya masih lagi berusaha mendalami ilmu tersebut dan insyaAllah saya akan kongsikan dengan anda semua sedikit demi sedikit tentang perniagaan internet dan konvensional.
pps: selalulah melawat ke blog ini untuk menambah ilmu dan memotivasikan diri.
berikan komen yang membina agar saya dapat mantapkan lagi blog ini. sekian.. jumpa lagi
ppps: saya dah delete artikel “bloggers sampah” kerana saya merasakan artikel tersebut agak “pedas” bila saya fikirkan semula mengenai artikel tersebut. Maafkan saya.
Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions untuk mendapat artikel percuma. Terima kasih kerana melawat!
Related Posts
9 Comments + Add Comment
Leave a comment
ARTIKEL TERKINI!
- faizalehsan.com sudah berusia 1 tahun
- Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
- Puasa, Perniagaan & Anda
- Selamat berpuasa
- Mahu berjaya dalam perniagaan?Ubah mentaliti anda sekarang!
- Mengembalikan semangat yang pudar!
- Mengekalkan Momentum
- Selamat Hari BELIA & Hari GURU
- Santai – Cerita kedai makan
- Jawab Dulu Tiga Soalan
Komen Terkini
- faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
Selamat berpuasa zool. InsyaAllah semoga terus bersinar hendaknya
- faizal ehsan on Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
InsyaAllah Hadi, kitalah generasi yang bertanggungjawab mengekalkan kemerdekaan tersebut.
- Hadi Rofiee on Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia
''Untuk menjadi juara adalah mudah, tetapi untuk mengekalkan kejuaraan itu adalah bahagian yang paling sukar sekali''. Saya suka ayat di atas.. ... - faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
terima kasih Hairul
- faizal ehsan on Puasa, Perniagaan & Anda
sama-sama mengingatkan Hadi Rofiee
- Blog Hairul on Puasa, Perniagaan & Anda
tertarik dengan tulisan saudara faizal, puasa budak darjah dua boleh buat. Ya, puasa bukan sekadar tahan diri dari makan minum, ... - Hadi Rofiee on Puasa, Perniagaan & Anda
Peringatan yg bagus. Manusia seringkali lupa & alpa.

An article by faizal ehsan













salam bro..
ape yg bro katekan tu mmg btol..sebagai manusia mmg kita takkan dapat mengelak diri kita daripada lakukan kesilapan..
apa yg penting ialah usaha kita utk mengelak daripada melakukan kesalahan yang sama berulang kali..
w`salam adrenal.
teroma kasih atas pendapat anda,memang, saya mengingatkan diri saya juga
betul bro..aku sndiri pn dh bnyak kali buat silap dlm pelbagai perkara..yg pling slalu aku silap xmenghargai masa dgn baik..yg lain2 tu alhamdulillah dh di perbaiki..hehe
kita kena selalu beringat, hadis nabi, ingat 5 perkara, sebelum datang lima perkara, dan salah satunya ingat masa lapang(masa) sebelum dtg waktu sempit.
kakau malas, memangapa pun kita tak dapat..
yup..jom jadi rajin
Salam,
sekali tersalah boleh kata silap. Tapi kalau kali kedua dan ketiga bukan silap dah. Tetapi memang salah. Anyway nice post. Saya sendiri pun banyak lakukan semasa proses belajar…
ramai orang yang suka buat salah, tetapi tak ramai yg nak baiki kesilapan tu.
Betul tu, sepatutnya kesilapan yang dulu tidak harus di ulangi lagi..