Back to Basic! (kembali kepada Asas)

Dalam menempuh perjalanan menuju kejayaan dalam dunia perniagaan terutamanya perniagaan internet, terdapat pelbagai ranjau yang berliku perlu kita tempuhi. Sama ada ianya susah ataupun senang, itu adalah suatu proses yang saya pasti semua orang akan melaluinya.

Sepanjang penyelidikan yang saya buat tentang usahawan jutawan ataupun bilionair sekalipun, kebanyakannya bermula dengan susah. Dengan kesusahan yang mereka hadapi, mereka berusaha keras untuk keluar dari kesusahan tersebut untuk mencari kesenangan. Islam juga tidak menyuruh kita jadi malas dan mengharap harta jatuh dari langit. Kalau malas nak bekerja dan berusaha, memang kita tak akan kemanalah.

Saya pasti apa yang saya sebutkan tadi semua orang dah tahu dah..tetapi setakat tahu, dan kurang, ataupun mungkin jarang yang ingin mengambil tindakan. Apa guna tahu sahaja, kalau tidak bertindak. Saya tidak tahu mengapa, apa yang saya perhatikan, sikap manusia kebanyakannya begitu. :wink:

Tuan-tuan pengunjung blog yang saya hormati sekalian ceh macam khutbah pula oh!, tahu ataupun tidak, walau apa pun yang kita buat, kalau nak berjaya anda semua termasuk saya perlu dan mesti kembali kepada asas. Kenapa nak kembali kepada yang asas pula, aku kan dah pro, hebat, tahu semua benda..huh bongkak betul!.

Kenapa?why? … rehat dulu.. tengok gambar..

Jawapannya ada dalam diri kita. Sebabnya kita tak berjaya dalam perniagaan ataupun kehidupan, sebabnya hanya satu.. ASAS yang lemah,longgar, dan tak kukuh. Itulah sebabnya kita tak berjaya, atau gagal langsung nak buat jualan ataupun dalam kehidupan.

Okey, saya kecilkan sedikit skop perbincangan kita kepada perniagaan internet, sebab saya juga melakukan perkara yang sama. Setelah mengkaji dan membuat pemerhatian bagaimana mereka yang hebat menjana pendapatan di internet, barulah saya sedar yang saya tidak mempunyai asas yang mantap. Waima, dalam agama kita pun, kalau asanya tidak kukuh, mampukah seseorang menjadi manusia yang baik dan bertakwa? jawab…jangan tak jawab.. :)

Selagi kita hidup dan masih bernyawa..jangan sekali-kali lupa kepada asas dan juga mencari ilmu baru. Yup, memang tak mudah, tetapi inilah yang Allah s.w.t. berikan kelebihan kepada manusia, sikap sabar dan tak mudah putus asa bila melakukan sesuatu. Tengok diri anda..cek semula.. betul ke tidak apa yang saya cakap. Sebab itu manusia di lantik menjadi Khalifah atas muka bumi ini.

Semua perkara yang kita lakukan, kalau kita mempunyai asas yang kuat, anda tidak akan mudah jatuh dan goyang. “Dunia sekarang memerlukan kita belajar segala ilmu dengan banyak dan menghadamnya dalam masa yang singkat” -lebih kurang begitulah kata-kata Osman Affan(motivator).

Apa dia asas yang anda perlu tahu sebagai usahawan internet? maaflah kepada otai-otai yang dah professional, artikel kali ini mungkin bukan untuk anda, tetapi boleh dijadikan sebagai satu muhasabah mungkin :wink: . Saya hanya memberikan beberapa contoh. Yang pertama, asanya adalah.. apakah matlamat anda melakukan perniagaan di internet?.

Perkara kedua adalah, adakah anda mahir untuk mengkonfigurasikan terbelit lidah website atau blog anda?. Adakah anda betul-betul faham dan tahu fungsi C-panel? Memasang skript dan sebagainya?.

Yer…saya tahu.. kita boleh je upah sapa-sapa yang hebat kat luar sana tu. Bayar sahaja, insyaAllah semuanya beres!. Tetapi saya galakkan anda untuk ambil tahu juga, basic, at least anda semua taklah kena tipu, tak tahu nak betulkan ataupun buat perubahan sikit pada blog atau website anda tu.. jadi belajarlah dan ambil tahu.

Dalam perniagaan konvensional pun sama juga, asas tak kukuh, tak belajar, alamatnya anda menempah nama dalam satu lagi senarai kegagalan. Tetapi tuan-tuan.. yang dah baca buku Billi Lim tu, “Berani Gagal” mesti berani gagal punya kan? :wink: tuan-tuan.. gagal biarlah bertempat juga. Kalau main redah je, tu kan cari pasal namanya..

Okey, sebagai kesimpulannya, kita kena kembali kepada asas. “Back to basic” kata orang puteh. Sedangkan Mat saleh (bukan mohd saleh) kat luar sana tu pun dah buat rancangan  TV “back to basic”, inikan kita rakyat Malaysia yang bijak laksana Hang Nadim. :)

Tidak rugi pun..belajarlah walaupun kita ni lembab sikit nak dapat ilmu tu. Tak mengapa, sabar.. kura-kura yang lembab pun boleh menang dengan arnab(cerita masa sekolah dolu2). Sabar..sabar..dan bersabar. Buat dengan tenang, yakin dan percaya dengan apa yang kita buat, insyaAllah, anda akan dapat bahagian anda. Percayalah!

“setiap kesusahan, ada kesenangan..,setiap kesusahan, ada kesenangan..” rujuk tafsir surah Al-Insyirah.

Semoga bermanfaat untuk anda dan saya. Apa yang saya kongsikan adalah sedikit dari pengalaman. Anda pula bagaimana? sila tinggalkan pendapat di ruangan komen :)

p.s: Saya dalam proses menyiapkan ebook pertama saya. Saya akan bagi laporan percuma insyaAllah. Tunggu ya.. :)

Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions di blog ini. Terima kasih kerana melawat!

2 thoughts on “Back to Basic! (kembali kepada Asas)

  1. Assalamualaikum,

    “setiap kesusahan, ada kesenangan..,setiap kesusahan, ada kesenangan..” rujuk tafsir surah Al-Insyirah.

    Saya berpegang kepada prinsip ini. Terima kasih kerana menaikkan semangat ku semula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.