About faizal ehsan

Seorang Usahawan Muda yang mengharapkan keredhaan Allah. Semoga persinggahan anda di blog ini memberi manfaat. Hakcipta Terpelihara © Faizalehsan.Com Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini.

Kita adalah manusia, bukan robot!

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? harap sihat-sihat belaka lah ya? Semoga hari anda sentiasa ceria dan bahagia. Kalau tidak berasa ceria pun, buat-buatlah rasa ceria. Mungkin aura-aura positif itu akan timbul bila kita mula ubah fikiran kita.

Perniagaan pada masa kini menuntut kita berubah dengan lebih cepat dan pantas. Kalau tidak, kita tidak dapat kekal lama dalam perniagaan yang kita usahakan. Trend hari ini adalah mengenai sosial media. Bahkan setiap syarikat besar turut serta menyertai laman-laman sosial yang ada sekarang seperti facebook dan sebagainya.

Isunya adalah adakah kita mahu berubah atau tidak? Bagi usahawan yang lama mungkin susah hendak menerima perubahan yang berlaku. Bagi usahawan generasi muda, kuasa internet adalah sangat kuat dan mampu menumbangkan cara lama. Namun begitu, tidak semestinya cara lama tidak berkesan. Continue reading

Video seks, tips mudah untuk di soal siasat oleh pihak berkuasa.

Menjadi seorang blogger sememangnya satu perkara yang seronok untuk sesiapa pun, lebih-lebih lagi apabila blognya di lawati oleh pengunjung. Lebih ramai pengunjung yang datang ke blog kita… maka lebih tinggilah nisbah traffik yang diterima.

Sebagai seorang blogger, mereka berhak untuk terbitkan apa sahaja artikel yang mereka sendiri mahukan. Dari kisah peribadi, kisah lampau, kenangan manis, kenangan pahit, kisah artis, kisah dalam kain dan rumahtangga orang lain dan juga kisah yang berlaku di dunia. Malah sampai pada satu tahap, kisah luar dunia ini pun boleh dikongsikan.

Tetapi seorang blogger juga harus tahu etika blogging yang betul. Blogger walaupun merasakan dirinya bebas.. tapi apabila tiba pada satu tahap, mereka akan tertakluk di bawah undang-undang. Tidak kiralah negara mana kita duduk, kita harus patuh pada undang-undang. Continue reading

Tip blogging: Manfaatkan plug-in blog WordPress mobile edition untuk jana trafik!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar sahabat-sahabat saya semua? :) Hari ini, alhamdulillah, kita bertemu lagi kali ini dalam blog faizalehsan.com

Zaman ini zaman teknlogi bergerak dengan sangat pantas. Baru sahaja keluar iphone 4, dah keluar pula HTC Sens. Fuhh…kalau tak kena gaya memang bergegar iman nak beli telefon bimbit baru. Maklumlah, iklan di television sangat menarik dan mengujakan.

Itu belum lagi cerita tentang android, ipad 2, dan sebagainya yang tak tersebut di sini. Segala-galanya canggih. Terpulang kepada kita samada mampu untuk ikut atau tidak. Saya sarankan, kalau rasa poket kempis sahaja tiap-tiap bulan, lebih baik simpan untuk kahwin buat pelaburan pada diri sendiri dahulu. InsyaAllah, anda semua akan mendapat hasil yang lebih lumayan.

Disebabkan kemajuan teknologi hari ini, kalau kita tidak ambil kesempatan atau menggunakan tools-tools yang ada, kita akan ketinggalan. Seperti yang saya ceritakan pada artikel yang lepas, anda semua pasti faham. Bagi yang ketinggalan boleh klik sini.

Okey, intro yang terlalu panjang akan membuatkan pembaca bosan. Betul tak? ;) Jadi saya singkatkan. Kita berbalik kepada tajuk asal. Bagi para blogger yang sudah otai, mungkin artikel ini biasa-biasa sahaja. Bagi yang sudah tahu abaikan sahajalah, bagai yang baru tahu dan nak tahu, sila baca sehingga habis artikel ini ye.

Saya nak kongsi dengan anda satu plug-in yang menarik untuk dicuba. Plug-in ini adalah mengenai wp-mobile. Antara keistimewaannya adalah, apabila pengguna telefon bimbit yang canggih-canggih sekarang ini melayari blog anda, ia akan memberi interface yang ringkas dan mudah untuk dibaca. Sebagai contoh, anda boleh lihat pada gambar di bawah:

 

iphone 4

contoh interface pada iphone 4

 

Bagi yang advance, terdapat plug-in ini yang berbayar. Tetapi saya bagi anda semua yang PERCUMA sahaja. ;) Sila klik di sini : wp-mobile untuk memuat turun plug-in ini pada blog anda. Saya harap ianya bermanfaat. Kalau anda ada masalah untuk pasang ke dalam blog anda, sila hubungi saya, atau tulis di ruangan komen. Saya akan cuba bantu.

 

 

PERHATIAN

plug-in ini hanya terpakai untuk mereka yang menggunakan blog WordPress sahaja (bagi blog yang menggunakan hosting berbayar). Bagi mereka yang gunakan blog wordpress percuma, plug-in ini sudah terpasang di dalam. Bagi mereka yang gunakan blogspot, saya minta maaf kerana saya bukanlah pakarnya.

Okey, setakat ini dahulu perkongsian saya. Saya harap artikel ini berguna untuk anda. Jangan lupa singgah lagi di faizalehsan.com untuk mengetahui artikel terbaru. Jumpa lagi… :)

 

Adakah anda sudah subscribe artikel dari blog ini? Jika belum, sila masukkan alamat email anda
pada ruangan kotak di sebelah blog ini. PERCUMA!

Sertai saya di facebook: http://www.facebook.com/pages/faizalehsancom
Follow saya di twitter : http://twitter.com/faizalehsan

Perniagaan yang pantas akan sentiasa ke hadapan. Caranya?…

Sudah hampir 2 bulan saya tidak update perkembangan terbaru di dalam blog ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya di manakah saya menghilangkan diri. Lari ke England kah? ;) . Namun, jika anda semua perasan dan lihat pada laman twitter serta facebook di sebelah blog ini, saya sentiasa update perkembangan terbaru di sana.

Apa khabar perniagaan anda hari ini? semoga semuanya berjalan lancar. Adat perniagaan, ada waktu puncak dan ada waktu turunnya. Bagi mereka yang bergelar usahawan dan peniaga, ini adalah perkara biasa. Pernah saya bertanya kepada beberapa rakan niaga, kenapa agaknya perniagaan sedikit menjunam pada awal-awal tahun? Anda hendak tahu jawapannya?

Ini kerana pada awal tahun kebanyakan dari pelanggan sibuk menguruskan pelbagai perkara. Dari baju sekolah anak-anak sehinggalah kepada perbelanjaan dapur. Oleh itu, kalau kita rasa perniagaan kurang ok dalam waktu-waktu begitu, janganlah sedih sangat ok? Jangan pula terjun bangunan. Sabar.

Perniagaan pada hari ini menuntut kita mempelajari semua perkara dengan pantas. Buat pengetahuan semua, pada awal bulan April yang lalu saya telah meghadiri Seminar Revolusi Perniagaan ineternet yang dikendalikan oleh sifu Dr Irfan Khairi. Seminar tersebut berlangsung selama 2 hari. Mungkin ada yang dah tahu tetapi tidak berkesempatan untuk hadir. Alhamdulillah, saya dapat hadir dan menimba ilmu selama 2 hari di sana. Banyak tip-tip dan panduan yang telah dikongsikan oleh sifu Irfan Khairi. Jika ada kesempatan, saya akan kongsikan bersama anda. Ilmu yang ada, apa salahnya kongsi ramai-ramai bukan?

Berbalik kepada maksud pantas itu tadi, jika kita lambat, kita akan ditinggalkan jauh oleh pesaing-pesaing kita. Contoh yang paling  mudah, siapa yang tiada akaun facebook di sini? saya pasti ramai yang ada. Samada untuk perniagaan atau personal. Bagaimana dengan twitter, youtube dan sebagainya? Laman web sosial ini sangat berkuasa untuk mendekatkan diri kita dengan pelanggan. Jika benar dan betul cara gunanya.

Akaun FB yang saya nyatakan tadi, berguna untuk mereka yang tahu tentang komputer. Bagi mereka yang tidak tahu, kenalah ambil tahu. Perniagaan konvensional juga memerlukan alat-alat ini untuk terus berkembang. Jadi, tuan-tuan semua, alat-alat ini wajib anda ada untuk meneruskan perjuangan dalam perniagaan anda.

Berdasarkan pengalaman saya yang baru setahun jagung ini, ramai rakan-rakan niaga yang masih lagi mengambil mudah tentang “kuasa” laman sosial ini. Pelbagai alasan yang diberikan samada tidak tahu, atau merasakan tidak perlu pun untuk memiliki sebuah website untuk syarikat dan sebagainya. Saya sudah nampak kesannya. Perniagaan mereka kurang berjaya  menembusi pasaran walaupun memiliki produk yang bagus.

Sebagai kesimpulannya, perniagaan pada hari ini memerlukan kita mengikut “trend” semasa. Yer, betul, setiap orang memiliki pendapat masing-masing dalam dunia perniagaan. Saya tidak mengatakan pendapat ini 100% betul. Anda mungkin ada pendapat sendiri. Jika ada, sila ke ruangan komen. Kita sama-sama tambah ilmu. :) .

Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang. Saya akan cuba update sekerap yang mungkin supaya anda tidak lari dari blog ini ;) .  Sekian…

p/s : Sertai saya di facebook dan twitter :)

 

10 billionair Malaysia 2011

Mengikut fakta dari majalah Malaysian Business, berikut merupakan individu-individu terkaya di Malaysia:

1. Robert Kuok Hock Nien
Flagship: Kerry Group/ Kuok Group
Jumlah kekayaan semasa: RM50,040.00 juta

2. T. Ananda Krishnan
Flagship: Usaha Tegas
Jumlah Kekayaan semasa: RM45,780.00 juta

3. Tan Sri Teh Hong Piow
Flagship: Public Bank
Jumlah kekayaan semasa: RM12,755.53 juta

4. Tan Sri Lee Shin Cheng
Flagship: IOI Group
Jumlah kekayaan semasa: RM12,739.50 juta

5. Tan Sri Lim Kok Thay
Flagship: Genting Group
Jumlah kekayaan semasa: RM10,895.99 juta

6. Tan Sri Quek Leng Chan
Flagship: Hong Leong Group
Jumlah kekayaan semasa: RM10,751.62 juta

7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Flagship: Albukhary Foundation
Jumlah kekayaan semasa: RM8,840.00 juta

8. Puan Seri Lee Kim Hua
Flagship: Genting Group
Jumlah kekayaan semasa: RM7,429.34 juta

9. Tan Sri Tiong Hiew King
Flagship: Rimbunan Hijau
Jumlah kekayaan semasa: RM4,772.33 juta

10. Ong Beng Seng
Flagship: Hotel Properties Ltd
Jumlah kekayaan semasa: RM3,987.65 juta

Sebagai pembakar semangat dan perjuangan untuk menjadikan diri kita usahawan tycoon seperti mereka ini, maka kita kenalah berusaha keras dan jadikan senarai ini sebagai batu lonjatan untuk berjaya kelak.

Mungkin bukan sekarang, mana tahu suatu hari nanti nama anda akan tersenarai dalam 10 individu terkaya di Malaysia :)

Jumpa lagi pada artikel akan datang. Salam kejayaan dari faizalehsan.com

P.s: anda ada sesuatu nak cakap? Jom tulis di ruangan komen ;)

Join saya di facebook, klik SINI

Location:Bandar Baru Serting,Malaysia

Langkah Awal Memulakan Perniagaan

Asslalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? Pastikan jawapan anda adalah luar biasa bagus dan hebat sekali. Sebenarnya ini adalah quot dari Dr Hm Tuah Iskandar. Saya pinjam sekejap ye Dr? ;) Tidak salah untuk berkongsi aura positif ini bersama-sama bukan? Asalkan ia mendatangkan kebaikan.

Saya menulis artikel ini ketika dalam perjalanan ke Seremban. Pada waktu lapang yang ada ini, apa salahnya menulis sesuatu yang berguna untuk anda.

Sebagai seorang usahawan, kita
mempunyai tanggungjawab yang berat sebenarnya. Perkara pertama yang menjadi keutamaan adalah NIAT.

Kenapa perkara utama adalah niat? Kerana tanpa niat yang betul, segala pekerjaan yang kita lakukan tidak akan diberkati. Yup, betul anda boleh kaya di dunia, tetapi di akhirat belum tentu lagi.

Dalam agama Islam sendiri cukup menitikberatkan tentang niat. Lihat pada solat, apa perkara pertama sekali anda perlu buat? Niat dahulu. Puasa? Kena niat dahulu. Tanpa niat, solat dan puasa anda tidak sah.

Jadi, cuba renungkan jauh dalam diri, apakah sebenarnya niat aku? Percayalah jika niat anda betul, Allah s.w.t akan bantu dan
memudahkan urusan perniagaan anda.

Kebanyakan dari kita ingin kaya. Bukan setakat ingin kaya sahaja, tetapi ingin kaya cepat. Siapa tidak ingin kaya, kalau tanya apek yang tampal tayar basikal pun sudah tentu dia akan jawab “musti mau kaya lo..”.

Setelah meneliti dan memerhatikan sikap orang yang berjaya, tidak pernah ada yang mudah untuk menjadi kaya. Tidak ada jalan singkat. Mengikut penulis barat Robert Kyosaki, perniagaan adalah suatu proses. Anda kena melalui proses itu iaitu jatuh dan bangun sehinggalah berjaya.

Jadi, saya nasihatkan diri sendiri dan rakan-rakan semua supaya bersabarlah dan teruskan usaha walaupun sakit sikit pada mulanya. InsyaAllah, Allah akan bantu kita jika kita bersungguh-sungguh dan sentiasa ingat kepadanya.

Ok, sudah sampai masanya saya mengakhiri artikel pada kali ini. Kali ini sahaja, saya akan sambung pada tulisan yang akan datang. Pastikan anda sentiasa melawat blog ini untuk medapat maklumat terkini.

Jika anda tidak mahu terlepas, apakata anda masukkan alamat email anda pada kotak dibahagian tepi blog ini. :)

Salam kejayaan dari saya. Jom bangunkan lebih ramai usahawan di Malaysia. Jumpa lagi.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Bandar Baru Serting,Malaysia