About faizal ehsan

Seorang Usahawan Muda yang mengharapkan keredhaan Allah. Semoga persinggahan anda di blog ini memberi manfaat. Hakcipta Terpelihara © Faizalehsan.Com Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini.

Kenapa membeli secara online?


Kecanggihan teknologi pada hari ini membolehkan kita membeli barang hanya di hujung jari. Secara sedar ataupun tidak, kita telah pergi ke satu lagi era teknologi baru dengan pantas.

Segala urusan samada dengan kerajaan ataupun swasta menjadi mudah dengan adanya teknologi online.

Ini merupakan satu rahmat dan nikmat kepada kita semua sebagai manusia. Maka, bersyukurlah. Continue reading

Kita sentiasa ada pilihan

Dalam menelusuri hidup ini, kita telah menempuh pelbagai perkara. Sejak dari kecil hinggalah dewasa. Kalau masa kecil dahulu, kita mungkin tidak terlalu tertekan dengan masalah yang rumit seperti belanja sekolah, pendapatan harian dan sebagainya. Kita hanya berada di dalam dunia kita.

Seronok? Pasti seronok dengan apa yang kita lalui masa lalu. Mengimbau masa lalu memang seronok. Apatah lagi, bila kita berkesempatan menjadi seorang dewasa sekarang ini. Ada juga mereka yang tidak sempat. Sudah kembali mengadap tuhan yang maha esa. Maka bersyukurlah.

Saya kini jarang menulis mengenai perniagaan. Mungkin kerana perniagaan sekarang berada dalam keadaan yang suram. Sedikit mengganggu rentak perjalanan hidup ini. Walau apapun, hidup mesti diteruskan dengan tabah. Buat selagi termampu.

Berbalik kepada tajuk asal kita. Continue reading

Kenapa Cari buruk pasangan?

Bersangka buruk kepada pasangan kita hanya akan membawa kepada pergaduhan. Dalam agama kita juga melarang kita dari bersangka buruk terhadap orang lain.


Dalam perhubungan, pasti ada pasang dan surutnya. Bak kata pakar motivasi, umpama bateri. Mesti kena cas bila sudah lemah.

Begitu juga dalam perhubungan. Ketika sedang hangat, kesemuanya nampak baik belaka. Bila sudah sejuk, perkara yang kecil juga boleh menimbulkan perbalahan sesama kita. Dan perkara yang paling mudah berlaku adalah kita mudah mencari buruk pasangan kita. Continue reading

Selamat tahun baru 2012


Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah s.w.t. yang telah memanjangkan umur kita pada hari ini. Di samping itu juga nikmat hidup dan peluang yang masih diberikan bersempena dengan tahun baru masihi ini.

Sebenarnnya saya ingin mengupdate blog ini pada awal tahun baru. Tetapi disebabkan beberapa masalah peribadi dan juga sikap suka bertangguh, maka sebab itulah ianya masih lagi tidak di update. Salah diri sendirilah tu… ;)

Pasti ramai dikalangan blogger yang akan mengucapkan selamat tahun baru kepada para pengunjungnya. Termasuklah saya, “Selamat tahun baru”. Walapun mungkin agak terlambat (sebab sudah hari yang ke empat) Continue reading

Anda sahabat saya?Setulus doa untuk Anda

Sedang mencari-cari idea, maka saya teringatkan blog pertama yang pernah saya buat dahulu. Blog percuma sahaja dengan kuasa wordpress. Pada masa itu baru berjinak-jinak dengan dunia maya dan juga pada masa itu, dunia blogging baru sahaja bermula.

Ketika itu juga, saya masih lagi menuntut di kampus UMP. Sengaja melakukan sesuatu yang baru sebagai hobi. Manalah tahu, kalau-kalau boleh menambah sedikit pendapatan sambil belajar di Universiti. Okey, itu hanyalah sedikit cerita alam kampus. Orang kata, zaman belajar adalah zaman yang paling seronok sekali. Tidak banyak komitmen yang harus dipikul. Habis kuat pun, kena siapkan assignment dan mengadap muka pensyarah universiti sahaja.

Kehidupan di luar kampus adalah berlainan. Jauh dari rasa selesa ketika berada di alam universiti. Eh… nampaknya dah mengelamun jauh ni… haha. ;) Tidak mengapa, kita sambung cerita alam kampus ni pada masa akan datanglah ye. Sebab ini bukan fokus utama kita hari ini.

Di bawah saya tuliskan kembali, apa yang pernah saya tulis pada blog saya yang pertama dahulu. Terasa syahdu pula bila membaca tulisan ini. Bukan saya buat, tetapi saya ambil dari tulisan rakan-rakan juga sebenarnya. Jadi, jom baca. Continue reading

Apa yang menarik tentang 11.11.11?

Saya rasa hari ini pasti akan menjadi hari yang istimewa untuk sesetengah orang kita. Kerana apa? kerana tarikh hari ini yang dikatakan amat istimewa iaitu 11.11.2011 @ 11.11.11. Terpulang kepada pilihan dan pandangan masing-masing. Apa yang penting adalah, jangan terlalu terpengaruh dengan keistimewaan sesuatu benda itu sehingga menidakkan kekuasaan Allah s.w.t.

Dan, hari ini juga saya gatal tangan untuk menulis sesuatu pada tarikh ini…hehe. Bila sudah memulakan sesuatu, ada momentum akan dihasilkan. Oleh yang demikian, ambil kesempatan ini untuk meningkatkan momentum yang ada bagi mengelakkannya luput dari dalam diri kita. Ia ibarat motivasi juga.

Blog faizalehsan.com

Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua samada yang meninggalkan komen, atau lebih berminat untuk menjadi “silent reader” sahaja. Tidak ada masalah. Jika anda rasa blog ini memberi manfaat kepada anda, sebar-sebarkan kepada rakan-rakan kita yang lain. Semoga kebaikan yang kita dapat, kita boleh kongsi bersama. Continue reading