Dec
1
2009

Apa anda perlu buat selepas di Hack?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini hari yang agak menggembirakan buat saya. Ups.. bukan bermaksud hari-hari yang lain tu tak berapa baik. Hari ini saya telah dapat login semula ke dalam akaun facebook saya tetapi dengan akaun yang baru. Untuk pengetahuan anda, setelah digodam saya tidak dapat login ke dalam FB dan juga akaun email. Sedih betul…

Setelah berusaha menghubungi pihak teamFB untuk mendapatkan akses ke dalam akaun saya, mereka akhirnya membalas dengan mengatakan saya tidak dibenarkan untuk akses ke dalam akaun atas sebab-sebab keselamatan. Akaun saya juga akhirnya ditutup dan mereka menyuruh saya membuat akaun yang baru.

Setelah selesai saya membuka akaun baru untuk email dan juga facebook. Memang kerja ini agak memenatkan. Di tambah dengan kehilangan banyak “benda-benda penting” di dalam akaun email tersebut. Tetapi ini adalah pengalaman. Oleh itu, dengan sedikit pengalaman yang ada ni, saya kongsi sikit dengan anda apa perlu anda buat jika di hack.

Langkah-langkah yang perlu diambil ialah:

1. Bertenang

Yup, bertenanglah..jangan kelam kabut. Buat macam biasa je.. (hati memang panas masa ni..oh!). Apa yang saya buat masa ni? Yer.. saya keluar pegi rumah rakan saya. Sembang-sembang dan cuba tanya diorang apa yang perlu dibuat kalau blog atau website kena hack. Kalau anda rasa diorang ni tak boleh membantu, apakata anda ajak rakan anda pergi minum teh dulu dekat kedai mamak (kalau tak ada kedai mamak pergi kedai yang sesuailahkan?).

Ini akan membantu mengurangkan rasa sedih dan tension dalam diri anda  bila blog atau website anda kena hack ;)

2. Cuba bertanya kepada pembekal hosting anda

Okey rakan-rakan semua, selepas balik mengeteh kat kedai, tibalah masa untuk buat kerja dan fikirkan jalan penyelesaian bagaimana nak baiki blog atau website anda yang rosak tu :) . Langkah yang saya ambil adalah berhubung dengan pihak hosting. Tanya apa sahaja perkara yang berkaitan samada masalah tidak dapat login akaun cPanel, akaun email, dan sebagainya. Jika pembekal hosting anda mempunyai servis yang bagus, sudah tentu semua soalan anda akan terjawab.

Langkah ini adalah amat penting bagi mereka yang langsung tak tahu atau mereka yang masih baru dalam hal-hal teknikal berkaitan hosting dan cPanel.

3. Minta password akaun cPanel daripada pembekal hosting

Jika anda tidak dapat login ke dalam cPanel, ini bermakna Hackers telah merosakkan semua data anda. Oleh itu, sila bertanya dan minta kepada pembekal hosting “password” dan “username” yang baru untuk masuk ke dalam akaun cPanel anda. Saya yakin mereka akan membantu anda.

Setelah berjaya masuk ke dalam cPanel, periksa file di dalam folder anda. Jika masih ada folder-folder penting, anda sangat bernasib baik. Jika tidak, anda boleh cuba untuk periksa file yang bernama “index”. Cuba cari file tersebut dan periksa samada ada berlaku perubahan dan file yang ditinggalkan oleh hacker. “Delete” file tersebut.

4. Buka akaun email yang baru

Jika akaun email anda di hack, ini bermakna anda sudah tidak dapat menggunakannya kembali. Walaupun anda menangis terguling-guling sekalipun anda tidak akan dapat kembali email anda. Oleh itu, jangan buang masa dan buka akaun yang baru :) . Anda terpaksa berkorban.

5. Buat backup samada setiap minggu atau setiap hari

Yer… ini adalah langkah yang sangat-sangat penting. Walaupun kerja ini nampak remeh, tetapi ini adalah langkah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap blogger dan usahawan internet sekalian. Tanpa adanya database backup, anda akan kehilangan kesemuanya. Teruk tu..

Cara nak backup mudah sahaja. Kalau masih ada yang tak tahu tu, anda hanya perlu login ke dalam akaun cPanel dan pergi ke bahagian Backup. Tekan sahaja mana-mana pilihan samada “backup” mengikut hari ataupun buat “full backup”.

6. Tukar password anda setiap minggu atau setiap bulan

Sebagai tambahan kepada lngkah berjaga-jaga, sila tukar password anda sekerap yang boleh. Langkah ini akan dapat mengurangkan risiko akaun anda di godam.

Kesimpulan

Langkah-langkah di atas adalah pengalaman sebenar saya ketika berlaku kejadian blog saya di godam. Saya mohon seribu kemaafan sekiranya langkah-langkah tersebut tidak berkesan kepada anda (harap-harapnya bermanfaat). Apa yang penting, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga sebelum kejadian ini menimpa anda pula.

Saya kongsikan tip ini sekadar ingin membantu mereka yang masih baru dalam dunia maya ini. Bagi yang dah “otai” saya sangat mengalu-alukan  anda untuk berkongsi pendapat di ruangan komen di bawah :)

Sekian, berjumpa lagi dalam entry akan datang.

Yang ikhlas,

faizal ehsan a.k.a pairjal@jebat

www.faizalehsan.com

ps: Ha…apalagi, takkan anda hanya membaca sahaja, apakata kita berbincang di ruangan komen :)

p.p.s: Anda juga boleh membuat rujukan di sini

Related Posts

About the Author:

Pengasas & Pengarah Urusan Cahaya Mentari Marketing

Leave a comment

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.

 

Komen Terkini

ARKIB