Dec
4
2009

Alahai Bangsaku….

Salam sejahtera.

Agak lama juga saya tak update blog ini. Maafkan saya kerana kekangan masa dan juga beberapa masalah yang berlaku ke atas blog sejak kebelakangan ini. Walaumacammanapun, hari ini saya tidak bercadang untuk menulis artikel baru. Saya ambil artikel lepas yang telah hilang (tak sempat backup) akibat daripada di Hack tempoh hari untuk tatapan anda.

Saya tidak tahu apakah sebabnya. Mungkin artikel ini menjadi punca blog ini di Hack. Bacalah dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani. :)

Sepanjang dua hari mengendalikan ekspo di MidValley, saya banyak belajar dan menimba pengalaman baru mengenai dunia perniagaan. Ekspo Suaian Perniagaan yang di anjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) banyak memberikan input-input baru kepada para usahawan.

Suaian perniagaan ataupun “business matching” dikalangan para usahawan IKS tempatan sangat penting untuk menjalinkan hubungan dan meluaskan empayar perniagaan. Terdapat pelbagai “booth” yang menjual pelbagai produk. Dari baja tanaman sampailah kepada produk makanan pelbagai rupa.

Okey, saya bukanlah nak cerita “detail” mengenai ekspo tersebut. Yang penting adalah, apa yang saya nak kongsikan berkenaan ekspo tersebut.

Saya telah berjumpa dengan kenalan lama yang berada di “booth” ekspo ini. Mereka adalah kenalan saya ketika kami sama-sama join program anjuran KPDNKK. Apa lagi, sudah tentu banyak perkara yang dibualkan. Sudah lama tidak berjumpa, barangkali ada berita-berita terbaru tentang perniagaan yang saya boleh kutip.

Sedang rancak berbual, tiba-tiba seorang rakan bercerita tentang “sikap orang melayu yang nak musnahkan bangsa sendiri”. Alahai bangsaku.. kenapa anda masih ada sikap seperti ini? Saya pasti anda dapat menangkap apakah maksud yang saya cuba nyatakan di atas. Yup, sikap“perasaan hasad dengki” atau lebih popular “PHD”.

Zainal (bukan nama sebenar) menceritakan tentang masalahnya kepada kami. Zainal menyatakan bahawa beliau telah di sihir oleh musuh perniagaan beliau kerana tidak berpuas hati dengan kejayaan yang dimiliki oleh Zainal dalam mengusahakan perniagaan.

Zainal tidak dapat berjalan kerana merasakan kakinya seperti dicucuk jarum atau seperti terpijak paku. Setelah berjumpa doktor, penyakitnya tidak juga sembuh. Akhirnya atas nasihat rakan, Zainal pergi mencuba rawatan secara tradisional. Alhamdulillah, masalah Zainal dapat diselesaikan. Orang yang merawat beliau berkata, musuhnya telah menanam “sesuatu” di hadapan kedai Zainal.

Begitulah ceritanya bangsa saya. Saya berasa sangat sedih. Ketika dunia semakin canggih dan maju, rakyat kita masih lagi mengamalkan cara-cara yang haram untuk menjatuhkan bangsa sendiri. Adakah tuan-tuan sebahagian daripada salah seorang yang cuba menggunakan cara tidak halal untuk mendapat keuntungan?

Melayu..oh melayu. Sepatutnya zaman ini adalah zaman untuk kita berubah. Lebih-lebih lagi kita semakin hampir dengan hujung tahun dan akan memasuki tahun baru 2010. Berubahlah sahabat, rakan, kawan-kawan seperjuangan sekalian. Buanglah sikap hasad dengki sesama kita jauh-jauh. Kelak hanya akan menjatuhkan bangsa kita sendiri.

Jika salah seorang dari kita berjaya, maka kita wajib menyokong dan “korek” rahsia kejayaan beliau. Jangan pula kita dengki dan hanya fikirkan jalan untuk menjatuhkan orang lain. Anda kena selalu beringat, agama yang kita pegang adalah agama islam. Dosa dan pahala akan dihitung. Terlepas di dunia, diakhirat anda akan tertangkap juga.

Ayuh, bangunlah wahai bangsaku, jangan lakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan agama, negara, dan bangsa sendiri. Kita hidup di dunia ini tidak akan kekal, entah esok atau lusa, anda akan dipanggil mengadap yang Maha Pencipta. Adakah kita sudah bersedia untuk itu?

Kesimpulan

Jauhilah sikap hasad dengki kerana ianya tidak akan memberikan apa-apa kebaikan. Dua-dua akan binasa, baik yang melakukan perbuatan tersebut, mahupun mangsa yang dijatuhkan.

Tak boleh ke kita buang sikap hasad dengki ini?…..

“Yang menang menjadi abu, yang kalah menjadi arang”

yang ikhlas,

faizal ehsan a.k.a pairjal@jebat

Related Posts

About the Author:

Pengasas & Pengarah Urusan Cahaya Mentari Marketing

2 Comments + Add Comment

  • Jauhi diri dari perkara yang tak elok.

    • yup mesticun, kita mesti jauhi sikap mazmumah :)

Leave a comment

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.

 

Komen Terkini

ARKIB