Ebook ini sangat PENTING untuk ANDA!<--Klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Ada apa dengan perniagaan?

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Kehidupan sebagai seorang usahawan memang bukan mudah. Baik usahawan kenvensional lebih-lebih lagi usahawan internet yang orang kebanyakan akan mengatakan mereka ini tidak ada kerja. Masakan tidak, duduk sahaja di rumah sambil main-main laptop, suka-suka hati nak keluar dan tido pada waktu malam dan sebagainya yang diluar pemikiran orang biasa bekerja.

Memang letih untuk menghadapi semua ini. Kalaulah anda tidak mempunyai hati kering dan semangat yang kental, lebih baik anda pergi cari kerja dan bekerjalah bersungguh-sungguh. Itu lebih baik dari menerima pelbagai tanggapan negatif masyarakat yang rata-rata masih tidak faham mengenai perniagaan melalui internet.

Saya tidak mahu katakan bahawa perniagaan yang nampak mudah dimata ini begitu menyeronokkan. Sebab itu sebelum memulakan perniagaan internet secara “fulltime”, anda hendaklah menjalankannya secara sambilan dahulu. Kepada mereka  yang telah berjaya tanpa melalui proses tersebut, tahniah! Tetapi bilangannya boleh dibilang dengan jari.

Berputus asa dari melakukan sesuatu yang kita minat tidak akan membuatkan apa yang kita buat berjaya. Kalau boleh, buanglah jauh-jauh perkataan tersebut. Dah namanya minat, mana mungkin pekerjaan tersebut membuatkan kita patah hati. Kalau patah tangan itu lain ceritanya.

Alhamdulillah, setakat hari ini, masyarakat malaysia yang bertuah telah mula membuka minda dan menerima pekerjaan sebagai seorang usahawan internet. Walaupun pada hakikatnya sangat susah untuk masuk di dalam minda mereka, lambat-laun akan masuk juga akhirnya.

Namun, masalah mula timbul bila kita mula terdedah dengan perniagaan internet ini. Sikap mahu cepat kaya dan hidup senang membuatkan kita mengambil tindakan tanpa usul periksa dahulu sesebuah perniagaan tersebut. Pelbagai promosi dicanangkan dengan mengatakan bahawa, pelan perniagaan mereka adalah yang terbaik. Ada juga yang pada mulanya mempunyai produk, tetapi malangnya, pada hujungnya, kelebihan membuat duit adalah apabila “menaja” seseorang untuk menjadi orang bawahan. Alahai….

Produk yang baik berserta pelan pemasaran yang bagus, sudah tentu akan menghasilkan pulangan yang lumayan. Kita berbalik kepada niat kita sebelum menceburi bidang perniagaan. Adakah anda sertai hanya sekadar nak jadi kaya cepat?tambah pendapatan? dan walau apa jua alasanpun, fikirlah sebetulnya mengenai duit yang kita akan dapat dari perniagaan tersebut.

Walau apapun bidang perniagaan yang kita ceburi, kita sebenarnya boleh jadi kaya. Waima dengan hanya menjual paku besi sekalipun, anda tetap boleh jadi kaya dengan jalan dan cara yang betul dalam menjalankan perniagaan. InsyaAllah.

Semoga kita tidak akan ditipu dan menipu  orang lain dalam menjalankan urusan perniagaan kerana perniagaan adalah sunnah Nabi kita Muhammad s.a.w. Jangan cemarinya dengan taktik kotor dan menganiaya orang lain semata-mata untuk mengaut keuntungan yang tidak kekal abadi di dunia ini…

p.s: Anda ada sesuatu yang hendak dikongsikan di sini? sila kongsikan di bahagian komen :) Pendapat anda sangat saya hargai.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 31% [?]

Sphere: Related Content

  • Share/Bookmark

Artikel menarik yang lain :

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.

 

 Powered by Max Banner Ads 
Compare cell phone plans and deals | Thanks to Best CD Rates, Conveyancing in London and Registry Software