Pengasas Blog
Nama saya Mohammad Faizal Mohamad Ehsan. Anda boleh panggil ‘jebat’ atau ‘pairjal’ atau Faizal sahaja. Saya tidaklah terlalu arif mengenai dunia perniagaan dan keusahawanan kerana saya tahu lebih ramai diluar sana yang lebih pakar dari saya.
Walaubagaimanapun, saya sangat minat membaca dan mendalami ilmu tentang perniagaan serta bagaimana seseorang itu boleh menjadi seorang jutawan. Dengan berbekalkan sedikit pengalaman hidup serta ilmu yang saya kutip dari rakan- rakan,kerja,buku dan sebagainya, saya harap dapat dikongsikan bersama pembaca blog ini.

faizal & Dr. Irfan Khairi (the best moment ever!)
Di blog ini anda akan didedahkan dengan pelbagai tip dan cerita mengenai dunia keusahawanan internet dan juga perniagaan konvensional. Dengan harapan untuk berkongsi segala pengalaman dan sedikit ilmu yang ada, saya berharap kunjungan anda semua ke blog ini tidak sia-sia dan gunalah segala ilmu yang anda pelajari disini untuk mengembangkan lagi perniagaan anda.
Saya juga masih belajar dan akan terus belajar mengenai teknik-teknik terkini dunia usahawan sebenar. Oleh itu saya akan terus berkongsi dengan anda semua segala yang termampu dan sumbangan idea serta komen anda amatlah dialu-alukan.
Untuk pegetahuan anda semua saya merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan(Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik(Elektronik).Namun minat saya sangat mendalam dalam dunia perniagaan.
Saya sekadar ingin berkongsi,jadi kalau anda mempunyai sebarang pendapat bolehlah menyatakan pendapat anda di ruangan komen atau emailkan di faizalbiz01@gmail.com.
Ha..gamba kat atas tu.. dengan gambar idol saya dalam usaha nak jadi usahawan jutawan. Very humble and simple guy, Dr Irfan Khairi(siapa tak kenal kan?). Hope i will success just like you Dr!
Moga-moga dengan usaha yang sedikit ini akan dapat menambahkan amal kita bersama dan diaplikasikan terus dalam kehidupan seharian.
Pengarah Urusan,
Cahaya Mentari Marketing
“Manusia yang paling baik adalah manusia yang mampu memberi manfaat kepada orang lain”
Popularity: 53% [?]






































