Sep
4
2010

faizalehsan.com sudah berusia 1 tahun

anniversary_1

Sedar atau tidak, sebenarnya saya hampir terlupa. Sesungguhnya blog faizalehsan.com telah menyambut ulangtahunnya yang pertama pada bulan August (11 hb)yang lepas. Macam mana boleh tidak ingat.. oh!. Alhamdulillah, dalam tempoh sudah hampir satu tahun menulis, banyak juga yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Samada tip-tip berkaitan dengan perniagaan, motivasi dan sebagainya. Saya dengan rasa rendah hati berterima kasih kepada anda yang sudi berkunjung ke blog ini. Bagi mereka yang meninggalkan komen, terima kasih banyak-banyak. [...]

Aug
31
2010

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53 Malaysia

merdeka

Dari pagi tadi saya mencari-cari idea, apakah artikel menarik yang boleh di tulis di blog ini. Namun masih belum jumpa. Kebetulan, hari ini saya mempunyai temujanji dengan pelanggan yang berminat untuk menjadi pengedar kami untk bahagian Kuala Lumpur. Alhamdulillah, selesai satu perkara. Sepanjang artikel ini ditulis, saya baru sahaja balik dari berjumpa dengan pelanggan seperti yang telah diberitahu tadi. Segalanya nampaknya berjalan lancar. Beliau juga mempunyai misi dan visi yang sama, untuk memartabatkan produk halal [...]

Aug
25
2010

Puasa, Perniagaan & Anda

antown-ramadhan

Alhamdulillah, sedar tidak sedarĀ  kita sudah menjalani ibadah puasa sudah hampir 15 hari. Bagaimana dengan puasa anda semua? Adakah berjalan lancar atau ada yang sudahpun ponteng puasa? Sesungguhnya ibadah puasa ini benar-benar menuntut kesabaran dan kekuatan yang bukan sedikit. Setakat menahan nafsu makan apalah sangat, betul atau tidak? Walaupun begitu, masih ada lagi berlaku pembaziran terutamanya bila sampai waktu berbuka puasa. Maklumlah, puasa sebulan sahaja setahun. Alamak, macam hari raya lah pulak. Menahan diri dari [...]

Aug
14
2010

Selamat berpuasa

ramadhan

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana masih diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk beramal ibadat serta melakukan pelbagai urusan samada dunia mahupun akhirat. Hari ini merupakan hari ke empat kita berpuasa (sepanjang artikel ini di tulis). Bulan ini merupakan bulan yang lebih baik dari bulan-bulan yang lain. Ramadhan terkenal dengan bulan Ibadah. Kalau kita selalunya mendengar tentang pelbagai pesta mengenai hiburan, namun kali ini, bulan ini merupakan “pesta ibadah”. Marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan ini [...]

Jul
31
2010

Mahu berjaya dalam perniagaan?Ubah mentaliti anda sekarang!

matlamat-mencapai-kejayaan

Kesibukan bukanlah alasan yang baik untuk tidak mengupdate blog. Nampaknya kita sudah sampai ke penghujung bulan 7 dan pada hari ini baru saya mempunyai kesempatan untuk menuliskan sesuatu untuk dikongsi bersama anda. Sepanjang minggu lepas saya melakukan jualan dengan pergi ke kedai-kedai disamping melakukan servis. Samada untuk menambah produk baru ataupun menambah stok yang sedia ada. Perjalanan kami bermula dari Temerloh sehinggalah ke Kuantan. Sepanjang jalan mengunjungi outlet-outlet kami, saya tempuhi pelbagai ragam pekedai-pekedai sebangsa [...]


 Powered by
Max Banner Ads 
Pages:1234567...14»

Komen Terkini

ARKIB