7 tip Usahawan Berjaya (5,6,7)

assalamualaikum.

Apa khabar anda semua. Harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan puasa masih lagi penuh :wink: .Saya tidak berapa sihat sejak 2,3 hari yang lepas.tak tahu mengapa,mungkin kerana perubahan cuaca yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Okey,arini saya mahu menulis sambungan yang berikutnya mengenai 7 tip usahawan berjaya yang lepas. saya akan habiskan pada hari ini dimana saya merasakan mungkin anda semua bosan kalau saya terus memberi ulasan yang lebih kurang sama sahaja dan mungkin juga anda telah faham akan tip-tip yang diberikan :) . Ok,sambungan tip seperti di bawah:

5. Mesti ada waktu rehat yang khusus.

Usahawan sebenarnya tidak mempunyai banyak masa untuk berehat. Kebanyakan masa digunakan untuk memikirkan strategi dan cara untuk mengembangkan lagi perniagaanmereka.(habistu bila diorang nak rehat ye?). Masa untuk mereka berehat saya pasti anda semua tahu,bila perniagaan mereka berjaya dan telah berkembang. Pada waktu ini mereka akan merasai bahawa susah-payah mereka berbaloi setelah sekian lama berusaha. bagi yang masih lgi berusaha untuk berjaya,masa rehat bagi mereka adalah kektika mereka melakukan kerja mereka.(ekau paham tak?) ;).

6. Bertindak sebagai lastman.

ha..bab lastman ni anda semua kena tahu kerana ia amat penting dan akan menentukan hidup matinya sesebuah syarikat. Anda bolah bayangkan mereka yang bergelar pengarah usrusan atau yang memegang pangkat yag besar dalam syarikat nak pecah kepala memikirkan cara untuk meningkatkan lagi keutungan syarikat mereka. Mereka yang akan menjadi orang terakhir sekali jika berlaku sesuatu ke atas syarikat.(alah macam kita naik kapal terbang lah,kapten bertindak sebagai lastman dalam kapai terbang,kalau dia terjun dulu memang tak bertanggungjawablah).

Kalau seorang salesman pergi kekedai untuk mengambik order,tiba-tiba peniaga tersebut bertanyakan sesuatu yang berlaku di luar pengetahuan salesman tersebut,maka dia perlu merujuk kepada orang atasan. Ini adalah apa yang kita katakan sebagai lastman.(apa-apahal kene rujuk kat bos dulu!).

7. Niat berniaga sebagai suatu jihad.

Berniaga merupakan sunnah nabi kita Muhammad s.a.w. (selawat sama-sama ya?moge mendapat syafaat,insyaAllah). Malah 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan. Orang bangsa lain juga tahu tentang hal ni,saya tahu sebab pernah hadiri seminar dan speaker seminar tersebut berbangsa cina. Beliau pun tahu tentang hadis ni,jadi tak hairan kalau orang cina ramai yang masuk bidang perniagaan.

Sebelum kita melakukan sesuatu terutamanya perniagaan, kita kene mempunyai niat yang betul,kenapa kita berniaga. Dalam solat pun, kena baca niat dahulu kan?. Saya nak sarankan kepada usahawan berjaya semua(termasuk saya) agar melakukan perniagaan ini sebagai suatu kerja jihad. yer…saya fahaam,tak mudah nak buat,tetapi kena buat sebab orang islam miskin selalunya di hina. Kita kena buang sikap takut nak jadi kaya (jadi kaya pun takut???). InsyaAllah kalau perniagaan tu dijalankan atas niat yang betul saya yakin dan percaya kekayaan tidak akan membuatkan kita lupa sebagai hamba Allah.

Sekaran kita dapat lihat sudah ramai usahawan yang menceburi bidang menghasilkan produk halal di pasaran. Antaranya Susu biomil,halagel, dan sebagainya. Alhamdulillah umat islam hari ini semakin sedar akan kepentingan makanan halal dalam kehidupan.

Okey,saya harap anda semua faham semua huraian yang dibuat mengenai 7 tip usahawan berjaya, sebenarnya tip tersebut bukan formula yang pasti berjaya kerana saya tahu semua orang mempunyai formula kejayaan masing-masing. Harapan saya adalah untuk berkongsi,jika rakan-rakan semua mempunyai idea,boleh tambah di ruangan komen k?

ps: selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52 (eh..lama juga ya kita merdeka :wink: ). Jangan pula kita lupa kepada perjuangan ulama-ulama yang terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan. Betul ke kita dah merdeka???Saya serah kepada pembaca semua untuk menjawabnya..jemput ke ruangan komen ye :)

Artikel menarik yang lain :

Say Something...

Powered by Facebook Comments

3 thoughts on “7 tip Usahawan Berjaya (5,6,7)

  1. Assalamualaikum Jebat. dari blog Dr Irfan terus singgah ke sini.

    “Jangan pula kita lupa kepada perjuangan ulama-ulama yang terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan. Betul ke kita dah merdeka???Saya serah kepada pembaca semua untuk menjawabnya..jemput ke ruangan komen ye”

    Benar Jebat, perjuangan Ulama dahulu yang menghasilkan generasi celik ilmu hari ini. Begitu juga perjuangan kita hari ini akan menghasilkan generasi masa depan yang bagaimana agaknya ye?

    Salam perkenalan dari saya,

    Oh ya, bilamana ada kelapangan jemput singgah di blog saya ye. Ada satu ruangan baru hari ini. Moga dapat meninggalkan komen, moda dapat fokus sebagaimana kata Dr Irfan dalam postnya.

    Dan moga kita dapat saling memotivasi dalam perjalanan mengejar impian

    Ini linknya.. http://fathuri.com/?page_id=1117

    Salam ceria dari saya

    singgah ye jebat

    Assalamualaikum

  2. Assalamualaikum Jebat. Tahniah! kerana jadi orang pertama yang berani memaklumkan kepada komuniti “diari pemburu impian” berkenaan impian Jebat. “Usahawan Jutawan muslin bejaya”. Mereka semua sudah mengetahuinya..Ayuh kita bakar “jambatan” dan tiada lagi pilihan kecuali BERJAYA!

    Mereka sedang memerhatikan progress kita…

    Saya teruja untuk mengetahui impian jebat yang seterusnya..

    Singgah lagi ye..

    Oh ya, Jebata sudah singgah pada ruangan “income” di blog saya ?
    Mungkin kita boleh jadi business associate. Mana tahu kann…maklumlah impian sudah serupa.

    Moga kita jadi kawan. Long term friendship

    Salam ceria dari saya

    Selamat berbuka puasa ye Jebat (sekarang di terengganu sudah jam 6:53)

    Assalamualaikum.

    • w`salam fathuri.oh..terima kasih.tak sangke ple saya yg pertama. insyaallah,kalau diizinkan boleh je kita nk wat JV satu hari nanti. selamat berpuasa & berbuka kepada fathuri dan keluarga =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy this password:

* Type or paste password here:

105 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.