Assalamualaikum & salam sejahtera
Apa kabar sahabat-sahabat berjaya semua?harap-harap anda masih sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya. Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas pada hari ini. Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri pada kita,kalau Dia tarik satu Nikmat je pun maka tiadalah sempurna hidup kita di dunia ni kan?
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang masih lagi sudi melawat blog saya ini. Ye lah..walaupun baru je di buat,tetapi sambutan dari rakan-rakan semua memang luar biasa.(kalau sudi bagitaulah rakan-rakan kita yang lain ye tentang kewujudan blog ni..heheh).Kalau anda rasa artikel yang saya kongsi dalam blog ini berguna,teruskan pembacaan anda.InsyaAllah saya akan cuba update sekerap yang boleh.(~_^).
Okey,berbalik kepada tip yang saya kongsikan mengenai usahawan berjaya,hari ni saya huraikan yang nombor 4,kalau tak ingat yang mana cari kat artikel ok?. Saya mahu semua rakan-rakan saya yang menjadi usahawan berjaya,bukan kat dunia ni je,kat SANA sekali.Jadi, saya tulis ni sebab nak saling mengingati antara kita(Tulah sebab nama blog ni Usahawan dan Motivasi). Yelah bisnes masing-masing juta2…hehe.
4. Setiap waktu menceritakan tentang bisnes.
Kebiasaanyalah..seorang usahawan mesti dia nak bercerita tentang bisnes yang dia dah buat. Apa perkembangan terbaru,produk baru,cabaan-cabaran yang di hadapi..dan sebagainyalah. Cuba kita tengok mereka ni,hari-hari cerita pasal bisnes(blog ni pun samalah..(~_^)..). so, tip yang di atas memang berlaku dalam dunia bisnes. Sebab apa tuan-tuan,adik,kakak, kalau dah namanya usahawan,mestilah nak perkenalkan produk.Dengan berjumpa rakan-rakan perniagaan yang baru atau lama,mereka akan berkongsi cerita masing-masing. Ini akan mewujudkan apa yang kita panggil networking(Bukan Cabel ok?).Lebih ramai kawan,lebih ramai pelanggan yang akan kita dapat. Sama juga kalau anda buat bisnes internet,lebih banyak trafik,maka lebih banyak potential customer.
contoh cerita kat bawah ni,rekaan je.. nak bagi korang paham.,
mat: “Abu,hang wat pa sekarang?dengarnya dah bukak bisnes?”
Abu:”adalah skit-skit(segan je nak cakap..biasalah orang melayu..). Aku jual goreng pisang sekarang.”"ko apa cerita?”.
mat:”Aku pun ada wat bisnes jugak,tuakar tiub motor.”"sekarang kan orang nak balik cepat nak buka puasa kat rumah,manelah tau moto diorang pancit..kalau moto pancit leh contact aku k?”
Abu:”wah..bagus tu, nanti ape-apehal boleh la aku contact ko ye?tokey tiub moto!hehe”.
mereka pun terus pergi bazar ramadhan bersama…Okey.Tamat Cerita.
Jadi,kesimpulannya, memang sikap seorang usahawan tu,mesti suka bercerita tentang perniagaan yang dia buat. Kalau tak dia yang bercerita,siapa lagi?..renung-ranungkan… Ha..pendapat anda?tulis kat komen ye. Jumpa lagi di episod akan datang..adios!
“Work is to learn, Dont work for money”-Robert T.Kiyosaki
ps: Bulan-bulan posa ni perlu ke nak sambut merdeka?..fikir-fikirkan..heheh.
Artikel menarik yang lain :
Say Something...
Powered by Facebook Comments
hebat mu loni pairjal..nnt kalu dh kaya jgn lupa kt aku plok