Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions di blog ini. Terima kasih kerana melawat!
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, kita bertemu lagi (kepada mereka yang suka melawat blog ini lah). Apa khabar usahawan berjaya semua? Macam mana dengan puasa anda semua? Almaklumlah,dah nak dekat raya ni..makin sibuk buat persiapan raya pula kan?
anda ingat lagi tak pada artikel yang lepas berkaitan dengan 7 tip usahawan berjaya? kalau tidak ingat boleh rujuk di sini.
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai 6 kriteria untuk menjadi JUARA dalam perniagaan. Saya pernah mengikuti mini seminar bersama dengan Dato` Azman Ching (anda kenal tak? jutawan mlm
) dan juga Dr. Irfan Khairi. Dalam seminar tersebut saya sempat mencatat beberapa perkara penting dan perkara tersebut adalah seperti tajuk di atas.
Bila dah jadi jutawan, mentaliti rakyat malaysia (terutama melayu) suka berfikir jutawan ni jahat-jahat belaka. Tahunya nak untung sahaja. (yelah..sapa nak rugi kan?
) tak peduli dan pandang hina pada orang miskin.. pas tu, jadi ketua kongsi gelap atau mafia.(apalah korang ni..jangan fikir negatif sahaja!)
Saya tidak nafikan, memang ada segelintir yang bersikap begitu, tetapi berdasarkan pengalaman saya (alhamdulillah,yang baik-baik sahaja yang saya jumpa setakat ini), mereka tidak seperti yang kita bayangkan. Saya bawak contoh dua orang di atas. Dr. Azman & Dr. Irfan, mereka ini jutawan yang berpijak di bumi nyata dan sentiasa ingat asal-usul mereka.
Sangat merendah diri dan suka membantu mereka yang berminat dalam dunia bisnes. Saya pasti mereka yang pernah berjumpa dengan jutawan ini tahu sikap mereka. Terlalu banyak ilmu yang mereka ada sebenarnya dan kita perlu sentiasa ingat bahawa, dengan ilmu yang kita ada (gunakan dengan betul) insyaAllah, darjat kita akan di tingkatkan di mata manusia lain dan juga disisi Allah s.w.t.
Apa yang membezakan orang kaya dan orang miskin? yer.. betul… tuan-tuan tahu jawapannya.. iaitu ilmu. Dengan ilmu, mereka tahu bagaimana nak jadikan RM10.00 jadi RM1000.00.
Okey, saya tulis 6 kriteria untuk jadi juara seperti yang saya sempat catat di bawah:
- Ilmu
Sama seperti yang saya ceritakan kat atas tadi, mesti ada ILMU. Bukan lori,bukan kedai yang besar dan mewah, bukan mendapat nombor satu dalam kelas (eh..ada kene-mengene ke?
). Saya yakin tuan-tuan pun dah lama tahu mengenai perkara ini. Dalam Al-Quran pun ada. Ayat pertama sekali turun, tuan-tuan ingat lagi tak? Surah Al-Alaq (kalau silap,betulkan saya). Antara maksudnya ayat pertama adalah “bacalah” (untuk huraian penuh boleh rujuk tafsir).
Baca mermakna mendapatkan ilmu. Jadi, kalau kita malas membaca tuan-tuan, akibatnya memang sengsaralah hidup ini. Ada orang nak beli buku pun takut.. tapi beli rokok, tengok wayang, belanja awek, boleh pula. Bila dikumpul-kumpul boleh beli buku yang harganya RM100.00. Tapi nak buat macam mana.. duit tu dah terbakar .
.
2. Kekuatan & Keberanian.
Okey, kat sini siapa yang berani tengok cerita seram?cerita hantu? mak oi… ramainya yang angkat tangan… tetapi bila di suruh ambil langkah untuk memulakan perniagaan..sorang dua je yang berani dalam ramai-ramai.. pelik tak tuan-tuan? tak..apa yang peliknya.. tuan-tuan memang tak ada keberanian (betul ke?)
Ramai orang yang takut nak bermula. Saya bagi tip macam mana nak atasi rasa takut dan jadi berani. Mudah sahaja.. tuan-tuan cuma perlu buat apa yang tuan-tuan takut tersebut. Itu sahaja
. Kesimpulannya, anda perlu berani ambil langkah untuk memulakan perniagaan. Nak jadi juara, kenalah berani..baru orang panggil juara,kalau takut..apekehainye Yop! (pinjam rancangan tv9). Jadi terpulang kepada anda, nak mula perniagaan online atau offline. Cari ilmu dan kaji.
3. Kemahiran
Terdapat banyak perkara yang kita perlu pelajari sebelum boleh bergelar juara. Kemahiran adalah salah satu daripadanya. Kemahiran tersebut termasuklah kemahiran menguruskan perniagaan, mengurus manusia, kemahiran memasak kemahiran berunding dengan pelanggan atau supplier dan macam-macam lagilah.
Jadi, ambil masa anda untuk pelajari segala kemahiran yang perlu untuk melayakkan anda mendapat title “juara”. Saya yakin dan percaya anda semua mampu termasuklah diri saya sendiri.
em..okey.. saya rasa saya bagi 3 kriteria ni dulu okey? Cuba anda semua renungkan dan aplikasikan terus mulai sekarang. Saya akan tambah lagi 3 kriteria seterusnya untuk post yang akan datang. Jadi anda semua sila berkunjung ke blog ini ya, dan berikan pendapat anda di ruangan komen. Ebook percuma untuk mereka yang beri komen.. ada brani?
ps: Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan Batin (wish awal-awal takut tak sempat
).Selamat BERCUTI dan pandulah kereta berhati-hati semasa balik ke kampung nanti. “JOM BALIK KAMPUNG!!!”
pss: saya akan memulakan projek ebook saya selepas hari raya nanti.. sedang dalam pembikinan


Say Something...
Powered by Facebook Comments