6 Kriteria untuk menjadi JUARA dalam perniagaan (2)

Salam sejahtera. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.Klik di sini. Atau anda boleh masukkan alamat email anda di bahagian email subscriptions di blog ini. Terima kasih kerana melawat!

Assalamualaikum kalian semua.

Apo khabar?Saya mendoakan semoga anda dan keluarga dalam keadaan sihat walafiat serta sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t. Sudah lama rasanya kita tidak berjumpa, maklumlah dengan demam hari raya yang masih panas ini. Saya mengharapkan anda semua bahagia di samping keluarga dan bergembira dengan kemenangan setelah berpuasa selama satu bulan. Apa yang penting ialah kita mendapat sesuatu daripada puasa yang telah kita jalankan samada peningkatan dari sudut ibadah dan sebagainya.

Pertama sekali saya dengan rasa rendah diri memohon jutaan ampun dan maaf kepada para pengunjung blog ini yang mungkin berasa sedikit kecewa kerana saya terlewat “mengupdate” entri kali ini. Walaubagaimanapun, saya tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anda semua jika anda semua merasakan blog ini mampu untuk memberi inspirasi dan semangat kepada anda untuk menjalankan perniagaan samada perniagaan internet ataupun perniagaan konvensional. Saya menghadapi masalah menggunakan internet semasa di kampung, kerana itu saya tidak dapat membuat posting.

Okey, kita lupakan sebentar berkenaan hari raya :) . Now!Sekarang! Adalah masa untuk kita semua bekerja dengan semangat baru maklumlah perut dah boleh isi penuh heheh .Selepas melepaskan rindu bersama keluarga dan si dia sekarang adalah masa terbaik untuk mengaktifkan diri dalam perniagaan. Saya kira usahawan-usahawan internet dalam negara kita sudah mula mengorak langkah mempromosikan produk masing-masing. Ayuh! kita rancakkan kembali perniagaan kita sesudah berehat untuk seketika. :wink:

Berbalik kepada artikel saya yang lepas, saya dah janji dengan anda semua untuk memberikan baki ” 6 kriteria untuk menjadi juara dalam perniagaan” bukan? Okey, saya tunaikan janji saya. Sila baca dengan penuh teliti dan sabar.

4. Modal

Modal adalah antara elemen yang penting dalam membina sebuah perniagaan. Sesiapa sahaja yang ingin menceburi perniagaan, kebiasaannya memerlukan modal tidak kira sedikit ataupun banyak. Bergantung kepada keperluan dan juga jenis perniagaan yang anda semua jalankan. Kalau sesebuah perniagaan itu besar, maka anda terpaksalah  mengadap bank hoho!. Kalau kecil seperti perniagaan internet (saya pasti yang ini ramai yang mahu cuba, saya pun termasuklah :) ) maka sedikit sahaja modal yang diperlukan.

Jadi tuan-tuan, silalah pilih, Takkan saya nak kena ajor jugak? :wink: . Samada ianya seseuai ataupun tidak, hanya tuan punya badan yang tahu.

5. Produk yang bagus

Nak jadi juara? perlu ke produk yang bagus?

Saya tidak nafikan, produk yang bagus mampu untuk memikat hati pelanggan anda. Tetapi kalau setakat produk sahaja yang bagus, saya berani jamin ianya masih tidak mencukupi untuk anda menjadi juara. Produk yang bagus memerlukan promosi yang bagus juga. Kalau anda gagal untuk mempromosikan barang anda yang bagus tu, jangan haraplah nak dapat untung walaupun RM0.10. :wink: .  Promosi yang bagus di tambah dengan produk yang bagus sama dengan anda jadi jutawan :) .

Anda nak tahu? orang akan beli walaupun kita hanya jual batu-bata kalau anda tahu cara mempromosikan batu tersebut dengan betul :wink:

6. JUST DO IT

Yer pairjal, senang je ko cakap kan? :wink: (gurau je tuan-tuan) . Yup, tip yang terakhir ialah “just do it” . Walaumacammana baguspun, kalau tuan-tuan yang bijaksana ini tidak mengambil sebarang tindakan, maka sia-sialah segala apa yang anda dah belajar secara teori (siap dengan perancangan dan sebagainya, last-last tak buat, hampeh!). Benda yang paling penting utuk anda dan kita semua menjadi juara adalah mengambil tindakan ( semua usahawan akan memperkatakan berda yang sama, saya ulang semula supaya melekat dekat dalam kepala anda semua).

Akhir kata sebagai kesimpulannya.

Nak jadi juara? “JUST DO IT” :)

ps: di kesempatan ini (saya harap masih tidak terlambat)  saya mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN” kepada anda semua. Semoga amalan puasa kita diterima oleh Allah s.w.t insyaAllah.

pss: jangan lupa tinggalkan komen ye :wink:

Artikel menarik yang lain :

Say Something...

Powered by Facebook Comments

About faizal ehsan

Seorang Usahawan Muda yang mengharapkan keredhaan Allah. Semoga persinggahan anda di blog ini memberi manfaat. Hakcipta Terpelihara © Faizalehsan.Com Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini.
This entry was posted in Perniagaan internet and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy this password:

* Type or paste password here:

119 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Read This Before Leaving a Comment

Please make sure your comments follow our guidelines:

  • Use your real name, not keywords
  • No signature links in your comments
  • No foul language (please)

Comments that do not adhere will be deleted or marked as SPAM.