Keberkatan dalam perniagaan


Dalam agama kita Islam, memang kita disarankan untuk bekerja mencari rezeki yang halal untuk diri dan juga keluarga. Selain itu juga, apa yang kita cari itu semestinya kena berkat. Kalau tidak berkat, bermacam perkara yang tidak elok boleh berlaku kepada diri dan keluarga.

Saya yakin dan percaya ramai yang tahu semua ini. Baru-baru ini Majlis Fatwa telah mengumumkan bahawa urusniaga tukaran wang dalah HARAM. Perniagaan ini adalah perniagaan Forex yang mungkin ramai di antara anda yang menceburi bidang ini. Continue reading

Beri peluang menilai kepada pelanggan

Mungkin ada dikalangan kita yang selalu mengarahkan kepada pekerja supaya membuntuti pelanggan jika ada pelanggan masuk ke kedai. Tahukah anda bahawa kita sebenarnya membuatkan pelanggan berasa tidak selesa untuk membeli barangan di kedai kita.

Saya yakin ada dikalangan kita yang mengalami situasi seperti ini. Bagi saya secara peribadi, perbuatan pekerja seperti itu hanya akan menyebabkan saya keluar awal dari kedai tersebut. Jika kita meletakkan diri sebagai pelanggan, kita akan rasai semua ini. Continue reading

Sudah empat tahun rupanya…

Samada saya perasan, atau buat-buat tak perasan, sudah empat tahun blog ini berada di alam maya. Walaupun kadang-kadang ada yang terculas dalam mengupdate blog. Bukan apa, perasaan malas yang tinggi dalam diri buatkan blog ini sunyi agak lama. (bukak rahsia terus :p )

kredit to nizamahamad.com

Dahulunya memang tujuan asal untuk buat duit dengan blog. Belajar punya belajar, jadilah blog ini seperti yang anda semua baca sekarang. Ada banyak benda sebenarnya kita kena belajar. Bukan setakat tahu tulis blog sahaja. Bab menulis satu hal, bab buat duit satu hal yang lain. Continue reading

Kembali Kepada Agama


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sedar tidak sedar kita sudah masuk ke bulan Februari. Cukup pantas masa berlalu meninggalkan kita. Bagaimana dengan bulan Januari lepas bagi anda semua? Adakah tahun baru ini berjalan lancar dan kita telah mencapai pelbagai kejayaan?

Pelbagai perkara berlaku sejak akhir-akhir ini. Cukup merunsingkan kita. Kes bunuhnya, kes rogolnya, masalah sosialnya, dan lain-lain. Generasi sekarang semakin hari semakin jauh dengan agama.

Saya bukan ustaz, jauh sekali seorang alim. Cuma merasakan kasihan dan simpati dengan generasi sekarang yang semakin jauh dengan Islam. Semakin jauh dengan agama. Apakah punca semua ini. Saya sendiri takut untuk memikirkan apa yang bakal berlaku pada masa depan. Jika anda ingat kata-kata ini,

“jika mahu melihat bagaimana masa depan negara, lihatlah kepada anak muda pada hari ini” Continue reading