Selamat Hari BELIA & Hari GURU

Baru-baru ini kita telah menyambut hari belia dan hari guru(semalam). Sememangnya menyambut hari-hari khas seperti hari tersebut adalah untuk memperingati dan menginsafi diri supaya memperbaiki diri yang serba lemah dan mudah terpesong ini.

Hari belia

Bagi yang masih merasakan diri mereka adalah belia negara, maka saya ucapkan selamat hari belia. Bagi mereka yang tidak sedar diri lagi atau buat-buat tak sedar tentang diri mereka, bangunlah kawan, sahabat, sesungguhnya anda diperlukan oleh bangsa, agama dan negara.

Saya tertarik untuk menulis mengenai belia ini kerana saya juga belia seperti kamu (muda lagi.. :) ). Sekadar ingin mengingatkan diri tentang apakah tanggungjawab serta sumbangan yang telah kita berikan kepada negara, lebih-lebih lagi kepada agama kita, Islam. Continue reading

Santai – Cerita kedai makan

Kerana berasa agak panas duduk di rumah (bukan sebab bergaduh ya), saya mengambil keputusan untuk keluar ke kedai minum rakan berhampiran dengan rumah. Tuan punya kedai  minum tersebut adalah seorang anak muda. Entah mengapa, walaupun hujan lebat pada petang hari semalam sehingga membawa ke malam, tetapi suhu di dalam rumah masih lagi tidak berkurang.

Pada mulanya saya ingin mengajak rakan untuk keluar minum bersama, tetapi mereka tidak berkesempatan. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk keluar seorang diri.

Sampai sahaja  di kedai tersebut, seperti biasa saya memesan minuman. Kedai tersebut mempunyai layar besar untuk kemudahan pelanggan menonton Tv. Saya juga mengambil kesempatan tersebut untuk menonton rancangan yang disediakan oleh tuan punya kedai. Sesekali keluar seorang diri, seronok juga. Boleh mengelamun sorang-sorang.. hoho. Continue reading

Jawab Dulu Tiga Soalan

kredit to:http://empayarsufi.com/blog/images/soalan.jpg

Seorang kaya diserang hendap secara tiba-tiba. Sebatang anak panah tertikam di dadanya. Dalam kesakitan yang amat sangat itu, dia berkata kepada orang yang datang untuk membantunya: “Jangan lakukan apa-apa sehingga kamu memberi jawapan tiga soalanku ini!”

“Apa dia tuan?”

“Pertama, siapakah yang begitu berani menyerangku?” tanyanya sambil menahan kesakitan.

Orang di sekelilingnya menggeleng kepala tidak tahu.

Orang kaya itu tidak peduli, dia mengajukan soalan kedua: “Apakah yang memanahku ini orang kaya atau orang miskin?”

Orang sekelilingnya tambah hairan. Mereka ingin segera membawa orang kaya itu mendapat rawatan tetapi hal sebaliknya berlaku.

“Dan ketiga, apakah orang yang memanahku ini orang sini atau orang luar?” tanya orang kaya itu dengan suara yang tersekat-sekat. Belum pun orang di sekeliling sempat memberi respons, orang kaya yang cedera parah itu telah mati.

Pengajaran: Ramai antara kita lebih fokus kepada soal-soal pinggiran berbanding soal asas dan teras dalam menangani suatu masalah. Lihat sahaja betapa persoalan akidah diperkecilkan dalam usaha menyelesaikan maslah hidup yang begitu kronik dalam masyarakat moden masa kini.

Sumber: majalah solusi april