Tip Motivasi: Pemikiran Positif

credit to:http://www.kagakribet.com/artikel/millionaire.jpg

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Memiliki minda yang positif sangat perlu bagi mereka yang memilih usahawan sebagai kerjaya sepenuh masa. Adakalanya tidak semua yang dirancang akan membuahkan kejayaan. Kegagalan dan kejayaan adalah asam garam dalam dunia perniagaan. Sebagai usahawan yang tulen, syukurilah setiap ketentuan tersebut.

Selain mempunyai pemikiran yang positif, kita juga mestilah mempunyai semangat yang kuat dan sentiasa bermotivasi. Saya sangat teruja bila melihat rakan-rakan seperjuangan semakin berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing. Siapa kata kita tidak mampu berniaga?

Ada bermacam-macam cara untuk memotivasikan diri. Terpulang kepada cara masing-masing. Ada yang menjadikan idola mereka sebagai sumber motivasi, membaca artikel-artikel motivasi, ada yang dengan berjumpa kawan-kawan juga dapat  memotivasikan diri. Motivasi yang tinggi amat perlu kepada jiwa seorang usahawan. Continue reading

Dunia Perniagaan

credit to :http://3.bp.blogspot.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua hari ini? diaharapkan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Hampir seminggu saya tidak menulis sesuatu di blog ini. Sememangnya, untuk melakukan sesuatu secara “istiqamah” bukanlah suatu perkara mudah.

Dalam keadaan sekarang dunia yang semakin bergerak pantas, kita sudah pasti tidak  mahu ketinggalan. Namun jangan pula sampai terlupa untuk memanjatkan rasa kesyukuran kepada tuan punya dunia atas kehidupan yang masih diberikan kepada kita.

faizalehsan.com adalah blog peribadi saya. Sudah pasti ramai yang sudah mengetahuinya. Pada mereka yang baru singgah di sini. Salam perkenalan dan selamat datang saya ucapkan. Apa yang saya kongsikan bersama anda di dalam blog ini, diharapkan ada manfaatnya. Continue reading

Kepentingan membuat keputusan dalam perniagaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar kepada pengunjung faizalehsan.com?

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya saya paksakan diri juga untuk menulis sesuatu di dalam blog ini. Saya memohon jutaan ampun dan maaf kepada anda yang mungkin ternanti-nanti post terbaru dari blog ini.

Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan aktiviti perniagaan dan juga membangunkan pasaran syarikat. Lumrah dunia berniaga, pelbagai halangan dan dugaan akan dihadapi samada gelombang itu kecil atau besar. Bagaimana kita menghadapinya, itu terpulang kepada yang empunya diri untuk menghadapi setiap masalah tersebut.

Buat sementara, saya berhenti seketika dari dunia perniagaan internet untuk menumpukan sepenuh masa dalam usaha membangunkan syarikat. Yup, bukan mudah untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun, pada masa akan datang sudah pasti saya akan terus mengembangkan aktiviti perniagaan kepada perniagaan internet. Dengan pengumuman dan sokongan dari pihak kerajaan iaitu pelancaran HSBB, sudah pasti, pemasaran melalui internet menjadi sesuatu yang ‘perlu’ di dalam perniagaan.

Dalam usia yang baru setahun jagung ini, sudah pasti banyak perkara yang harus saya pelajari sebagai seorang usahawan. Setiap pembelajaran itu pula, harus dipelajari dalam masa yang singkat. Jika terlambat, kita akan ketinggalan jauh dari orang lain. Itulah dunia perniagaan.

Berbalik kepada tajuk artikel pada kali ini, dalam perniagaan, apa yang paling penting adalah membuat keputusan. Sebagai seorang pengarah urusan, atau ‘owner’ kepada syarikat sendiri, tidak dapat tidak, setiap keputusan yang diambil akan memberikan impak yang besar dalam perniagaan. Samada ianya baik atau buruk, setiap keputusan memberikan kesan.

Adakalanya, kita dihidangkan dengan pelbagai pendapat dari orang luar. Namun begitu, sebagai pembuat keputusan, kita tidak boleh cepat melatah dan hanya menurut sahaja setiap cadangan tanpa membuat kajian dan penilaian yang betul. Walaupun mereka adalah orang yang kita sayang, keluarga terdekat dan sebagainya, kita perlu ingat bahawa pada akhirnya, keputusan tetap terletak di tangan kita.

Keputusan untuk berjaya atau gagal juga terletak ditangan kita. Selaku manusia, sudah pasti anda mempunyai matlamat dan visi yang perlu dicapai. Tidak kira dilapangan perniagaan atau bekerja makan gaji, setiap dari kita mesti mempunyai matlamat yang jelas.

Saya sedar, anda dan saya mempunyai matlamat yang satu, ingin berjaya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Maka teruskan perjuangan itu hingga sampai ke hujungnya. Walaupun kadang-kadang kita akan rasa tidak mempunyai motivasi dan semangat, bersabarlah, kerana Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Sebenarnya membuat keputusan adalah perkara yang kita semua lakukan pada setiap hari, samada sedar ataupun tidak. Maka buatlah keputusan anda dengan bijak, supaya hasilnya sentiasa membuahkan keuntungan dan kebaikan kepada semua. Jumpa lagi.. :)