7 tip Usahawan Berjaya (5,6,7)

assalamualaikum.

Apa khabar anda semua. Harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan puasa masih lagi penuh :wink: .Saya tidak berapa sihat sejak 2,3 hari yang lepas.tak tahu mengapa,mungkin kerana perubahan cuaca yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Okey,arini saya mahu menulis sambungan yang berikutnya mengenai 7 tip usahawan berjaya yang lepas. saya akan habiskan pada hari ini dimana saya merasakan mungkin anda semua bosan kalau saya terus memberi ulasan yang lebih kurang sama sahaja dan mungkin juga anda telah faham akan tip-tip yang diberikan :) . Ok,sambungan tip seperti di bawah: Continue reading

7 tip Usahawan Berjaya (4)

Assalamualaikum & salam sejahtera :) Apa kabar sahabat-sahabat berjaya semua?harap-harap anda masih sihat dan  dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya. Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas pada hari ini. Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri pada kita,kalau Dia tarik satu Nikmat je pun maka tiadalah sempurna hidup kita di dunia ni kan? ;)

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang masih lagi sudi melawat blog saya ini. Ye lah..walaupun baru je di buat,tetapi sambutan dari rakan-rakan semua memang luar biasa.(kalau sudi bagitaulah rakan-rakan kita yang lain ye tentang kewujudan blog ni..heheh).Kalau anda rasa artikel yang saya kongsi dalam blog ini berguna,teruskan pembacaan anda.InsyaAllah saya akan cuba update sekerap yang boleh.(~_^). Continue reading

Sambungan 7 tip Usahawan berjaya (3)

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi lagi berkunjung ke blog ini untuk menambahkan sedikit ilmu atau peringatan. yer lah.. kalau bulan-bulan puasa ni,asyik teringat nak makan apa masa berbuka nanti kan?(~_^).Okey sambungan huraian tip nombor 3;

3. Amalkan solat dhuha,membaca surah al-mulk,dan surah al-waqiah.

Kalau seseorang tu nak berjaya, mesti mereka mempunyai amalan-amaln tertentu untuk mengecapi kejayaan. Kadang-kadang kita terlalu banyak menumpukan kepada aspek keduniaan sahaja contohnya,belajar dari mereka yang telah berjaya dalam bisnes(ni dah tentulah,semua orang pun tau),tetapi adakah kita ingat tentang amalan roh atau biasanya orang panggil amalan kerohanian(ha..korang paham tak?ustaz kan slalu cite benda ni..). Continue reading

Usahawan kuat kebergantungannya dengan Allah.

Assalamualaikum,

okey..hari ni saya nak sambung mengenai 7 tip mengenai usahawan berjaya seperti yang dijanjikan.

Usahawan kuat kebergantungannya engan Allah.

ha..para usahawan semua,anda faham tak apa maksudnya?..tit..tit..tit..lambat..tak mengapalah,biar saya terangkan. Sebagai seorang usahawan yang islam lah khususnya,tak boleh lari dari mengingati yang satu ni,Allah s.w.t. tuhan sekalian alam.

Siapa-siapa yang nak tentang sila angkat tangan Kalau berani cubalah. Sebab apa tuan-tuan dan puan-puan, seorang usahawan pendapatannya tidak tetap. Ada kalanya untung sangat-sangat..adakalanya rugi. Jadi, maksudnya di sini, kalau dah jadi usahawan tu,janganlah kita berasa ego dengan apa yang kita ada mahupun kejayaan yang kita kecapi. Continue reading

7 Tip Usahawan Berjaya!

assalamualaikum.

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua 7 tip usahawan berjaya. Saya pasti anda akan merasakan bahawa setiap tip-tip yang diberikan oleh para usahawan adalah sama. Emm..mungkin tidak salah kerana kadang-kadang setiap usahawan mempunyai nilai dan kepercayaan yang sama untuk berjaya. Namun seperti yang saya selalu tekankan,jangan sekali-kali merasakan jemu untuk menuntut ilmu kerana ilmu tidak pernah habis.

Untuk seseorang usahawan itu berjaya, sudah tentu mereka ada mempunyai amalan-amalan yang boleh mendatangkan limpahan rezeki kepada mereka.Okey, di bawah saya senaraikan tip-tip usahawan berjaya. Saya tidak melimitkan hanya kepada usahawan online sahaja tetapi kepada usahawan offline atau sesiapa sahaja yang bergelar usahawan mahupun yang mahu menjadi usahawan. Baca dan Amalkan: Continue reading

Selamat Berpuasa Semua!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni dah genap satu hari berpuasa. bagaimana dengan ibadah puasa kalian usahawan semua? Harap-harapnya ibadah yang kita buat sepanjang bulan yang penuh rahmat ini diterima seluruhnya.insyaallah

Mungkin belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan “Selamat Berpuasa” yelah..dah start puasae pon kepada pengunjung blog ini dan seluruh umat islam. Hidup sebagai usahawan..kadang-kadang benda-benda  yang kecik kita terlepas pandang maybe besar pun ada dek kerana kesibukan menguruskan perniagaan. Almaklumlah… Continue reading

Belajar lah benda yang betul!

Assalamualaikum w.b.t.

Pada kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang satu artikel yang telah lama saya tulis,tetapi baru hari ini saya tergerak untuk kongsikan kepada anda semua.Artikel ni saya tulis 4 tahun lepas(heheh). hmm..mungkin artikel ni akan dapat memberi peringatan kepada kita bersama. Harap-harapnya begitulah ye. Usahawan pelu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. kerana yang sebenar-benar kaya hanyalah Allah s.w.t. jua. JAdi teruskan membaca..

Apa-apa pun marilah kita mengucapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. yang masih memberikan sedikit peluang dan ruang kepada kita untuk menjalani hidup yang cukup indah ini.

Di dalam surah Ibrahim Allah s.w.t. telah berfirman dengan maksud sekiranya kamu bersyukur,maka kami akan tambahkan nikmat kamu. Continue reading

Networking,penting ke??

Saya dah balik!!heheh. Akhirnya saya kembali semula untuk berkongsi bersama anda tentang pengalaman kursus dan ilmu mengenai keusahawanan dan motivasi. hmm..memang memenatkan kalau difikir-fikirkan tentang aktiviti yang dijalankan semasa berkursus namun apa yang penting ‘kerjasama’ ilmu yang kita dapat.

Okeh, saya nak kongsi sikit pasal networking arini  pasti ramai dah tau . Selepas menyertai kursus motivasi baru- baru ini saya berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan niaga yang baru.Saya melihat ramai rakan-rakan saya yang mempunyai bisnes yang hebat dan saya tidak sangka yang anak melayu boleh pergi sejauh itu dalam kemahiran-kemahiran yang kebanyakannya dikuasai oleh orang bangsa lain.Hebat! Continue reading

Ilmu, Workshop, & Bengkel…

Kadang-kadang dalam kehidupan seharian ,kita akan terdedah dengan pelbagai ilmu dan maklumat yang melimpah-ruah kat depan mata.huh..penat..terlalu banyak maklumat juga boleh buat kita jadi penat sebab tidak tahu yang mana satu hendak dihadamkan.masalah ni selalu sangat berlaku pada saya

Nak tau tentang sesuatu?kawan saya selalu cakap”ask mr google” (ala..taip je kat google tu). mudah kan?tetapi sejauh mana maklumat itu tepat terpulang kepada anda untuk menyaringnya. Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah berkaitan ilmu perniagaan dan usahawan. dahulu saya memang mahu terus terjun dalam bidang perniagaan. yelah..ikut hati muda memang bersemangat.. tetapi setelah bertanya kepada orang-orang tua mereka yang berpengalaman barulah saya sedar bahawa nak meniaga ni bukannlah suatu benda yang senang. Continue reading

Bermula di Sini!

Alhamdulillah,akhirnya setelah bertungkus lumus,dapat juga saya menyiapkan blog ini. Saya mulai sedar bahawa untuk memiliki sebuah blog yang dibuat dengan tangan sendiri bukanlah mudah.Ianya memang menguji kesabaran.Tetapi apabila sudah berhasil..wow!sangat-sangat berbaloi.(terima kasih kepada smartzul,ebook anda sangat-sangat berguna kepada saya)

Sebenarnya saya telah lama berblog,tetapi dengan menggunakan blog percuma lah.Sekarang sudah sampai masanya untuk beralih kepada tahap yang lebih pro kata orang..hoho. Saya ingin tekankan disini, tiada kejayaan yang boleh datang bergolek-golek macam beruang kola di kutup utara, ataupun penguin kat tepi laut atlantik. Semuanya memerlukan usaha dan `persisten‘ kata orang puteh,dalam bahasa jawa kita panggil `istiqamah‘.

Apa yang saya harapkan bersempena dengan kewujudan blog ini walaupun beribu,mayby juga juta yang ada kat luar sana,saya dapat kongsikan pengalaman hidup bersama -sama anda yang telah menjadi usahawan ataupun yang mahu menjadikan usahawan sebagai kerjaya.

Ramai yang bercita-cita mahu menjadi ‘bos’, ataupun seorang yang bergelar ‘pengarah urusan’ tetapi adakah mereka betul-betul layak diberikan gelaran sebegitu?cuba anda tanya diri sendiri..layakkah aku?

“perjalanan yang beribu batu tu, bermula dari langkah yang pertama”.

ps: alhamdulillah..bersyukur sangat-sangat.

setiap kesusahan ada kesenangan,setiap kesusahan ada kesenangan

BAHAYANYA,Tabiat Membuang masa!

Artikel ini saya petik dari Dr. Irfan khairi. harap ada manfaat untuk semua.

Pepatah mengatakan “Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung
kepada kita untuk melayarinya”. Setiap insan mempunyai jumlah
waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan
kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam
sehari nya.

Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai
“proscastinantion” adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,
kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa ini: Continue reading